Aktres jelita Disha Patani mendedahkan faktor utama mengapa dia mengambil keputusan untuk membintangi filem terbarunya berjudul "Bharat".

Menurut Disha, selain faktor dapat bergandingan dengan bintang Bollywood terkenal Salman Khan, sebab utama dia terlibat dalam filem ini adalah kerana kakaknya iaitu Khusboo yang merupakan Pegawai Tentera India.


"Saya melihat kakak saya menyumbang kepada negara kita (India) sebagai sebahagian Tentera India. Saya sering jadikannya sebagai panduan dan "Bharat" akan menjadi sangat istimewa buat saya yang dipenuhi dengan sentimen," ujarnya yang dipetik dari India Today.

Dalam filem "Bharat", Disha akan membawa watak sebagai artis trapeze.
Selain Disha dan Salman, filem arahan Ali Abbas Zafar turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Katrina Kaif, Tabu, Sunil Grover, Jackie Shroff dan ramai lagi.
"Bharat" akan menemui penonton di seluruh dunia pada 5 Jun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Disha Patani Instagram & Hindustan Times