Nampaknya bintang Bollywood Tiger Shroff semakin selesa menceburi bidang muzik apabila dia telah melancarkan lagu kedua berjudul “Casanova” pada Rabu.

Pelancaran lagu itu sekali gus menandakan debut Tiger di YouTube dengan kerjasama syarikat media Qyuki Digital Media.

Sehubungan dengan itu, aktor filem “War” berkenaan tidak ketinggalan untuk berkongsi keterujaannya dengan para peminat menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya.

“Sangat teruja untuk mempersembahkan ‘single’ kami yang seterusnya kepada anda semua! Harap anda menyukainya. #Casanova kini dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube saya!” katanya.

Seperti yang dijangka, para peminat sedia memberi sokongan penuh kepada Tiger. Ketika artikel ini ditulis, video muzik lagu itu sudah pun mencecah lebih 600 ribu tontonan serta 38 ribu tanda suka.


Malah, seperti yang dilihat di laman Twitter, rakan-rakan selebriti Bollywood dan pengkritik filem seperti Suniel Shetty, Komal Nahta dan Joginder Tuteja

Terdahulu, Tiger telah melancarkan lagu debutnya berjudul “Unbelievable” dan ia berjaya meraih sambutan tinggi serta layak tersenarai dalam carta Billboard.

Beralih kepada perkembangan filem pula, Tiger bakal muncul dalam tiga filem baru iaitu “Baaghi 4”, “Heropanti 2” dan “Ganapath”.

(Sumber foto: Tiger Shroff Instagram)