Bersempena bulan Ramadan ini, bintang terkenal Salman Khan telah menyampaikan ucapan istimewa buat para peminatnya di media sosial.

Ucapan yang ditulis oleh Salman itu diselitkan dengan nasihat ringkas untuk orang ramai kekal berada di rumah dan menjaga keselamatan masing-masing dalam situasi pandemik COVID-19.

"Ramadan Mubarak kepada semua. Duduk di rumah dan jaga keselamatan anda!" tulisnya ringkas menerusi laman Twitter.

Susulan itu, aktor filem "Dabangg 3" itu turut berkongsikan fotonya yang sedang berehat di halaman rumah ladangnya di Panvel.

Rata-rata peminat turut membalas ucapan Salman dengan kata-kata positif serta ucapan selamat menyambut Ramadan kepadanya.

Baru-baru ini, Salman telah melancarkan lagu serta video muzik terbarunya berjudul "Pyaar Karona" menerusi saluran YouTube untuk menyebarkan kesedaran mengenai pandemik COVID-19.

Beralih ke perkembangan lakonan, Salman akan tampil dengan filem terbaru terbitan dan lakonannya iaitu "Radhe: Your Most Wanted Bhai" yang dijadual untuk ditayangkan pada Aidilfitri akan datang.

Walau bagaimanapun, melihat semula situasi pandemik, berkemungkinan besar tarikh tayangan filem ini akan ditunda ke suatu tarikh yang baru.

(Sumber: Salman Khan Twitter & Instagram)
(Sumber foto: Salman Khan Instagram)