Terkenal dengan hati murninya, bintang Bollywood terkenal Salman Khan dilaporkan telah menanggung kos rawatan bekas aktor Faraaz Khan yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Hospital Vikram, Bengaluru.

Berita itu telah dikongsi oleh aktres Kashmira Shah, yang pernah beberapa kali bekerjasama dengan Salman menerusi filem, di laman Instagram miliknya.

"Kamu adalah seorang manusia yang baik. Terima kasih kerana mengambil berat tentang Faraaz Khan dan menanggung kos rawatannya.

"Aktor Faraaz Khan yang terkenal dengan filem "Fareb" berada dalam keadaan kritikal dan Salman berada di sisinya dan membantunya seperti mana dia membantu ramai lagi yang lain.

"Saya akan sentiasa menjadi peminat setianya. Jika ada yang tak suka dengan perkongsian ini, saya tak kisah. Kamu ada pilihan untuk berhenti mengikuti saya.

"Ini adalah apa yang saya rasa dan fikirkan. Saya menganggap Salman sebagai orang yang paling ikhlas dalam industri filem ini (Bollywood)," tulisnya.

You are truly a great Human Being. Thank you for taking care of Faraaz Khan and his medical bills. Actor Faraaz Khan of Fareb fame is in critical condition and Salman has stood by his side and helped him like he helps so many others. I am and will always remain a true admirer. If people don't like this post I don't care. You have a choice to unfollow me. This is what I think and feel. I think he is the most genuine person I have ever met in this film industry @beingsalmankhan

A post shared by Kashmera Shah (@kashmera1) on

Faraaz dilaporkan telah mengalami sawan akibat jangkitan Herpes ketika dikejarkan ke hospital sebelum disahkan menghidap jangkitan otak dan pneumonia.

Terdahulu, adik Faraaz yang juga aktor TV Fahmaan Khan, telah memohon sumbangan orang ramai dalam bentuk kewangan sebanyak Rs 25 lakh (RM141,420.36) bagi menanggung kos rawatan.

(Sumber foto: Forbes)