Syarikat Heart of London Business Alliance mengumumkan bahawa patung bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh dan Kajol bakal dipamerkan di Leicester Square bersempena dengan ulang tahun filem ikonik mereka, "Dilwale Dulhania Le Jayenge".

Menurut jurucakap Heart of London Business Alliance, patung gangsa itu dijangka akan didedahkan pada musim bunga 2021, yang mana ia akan menggambarkan babak yang difilemkan di bandar tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur berharap Shah Rukh Khan dan Kajol dapat hadir dan memeriahkan majlis pelancaran patung mereka.

"Ianya adalah satu perkara hebat untuk menyertakan bintang-bintang filem antarabangsa bersama kami, seperti Shah Rukh Khan dan Kajol.

""Dilwale Dulhania Le Jayenge" adalah salah satu filem Bollywood paling berjaya dan penting sepanjang hayat, jadi ia sangat mengujakan kerana kami dapat membawa filem pertama yang memaparkan Leicester Square.

"Patung ini dikira tribute kepada populariti Bollywood secara global dan budaya yang dibina olehnya, dan secara tidak langsung ia menjadi tarikan kepada para peminat dari seluruh dunia," ujar Pengarah Pemasaran Destinasi Heart of London Business Alliance, Mak Williams yang dipetik dari Gulf News.

Ini merupakan kali pertama patung Bollywood akan dipamerkan dalam tempoh berpanjangan di United Kingdom. Malah ia adalah satu dari lapan lagi patung ikon filem yang akan dipamerkan.

Walau bagaimanapun, Majlis Pembandaran Westminster hanya akan mendedahkan patung-patung lain pada hujung Februari 2021, dimana ia akan dipamerkan sehingga Julai 2023.

"Dilwale Dulhania Le Jayenge", yang juga filem arahan debut Aditya Chopra, akan menyambut ulang tahunnya yang ke-25 pada 20 Oktober ini.

Filem itu turut dibintangi Amrish Puri, Anupam Kher, Farida Jalal, Himani Shivpuri, Satish Shah, Mandira Bedi, Parmeet Sethi, late Achala Sachdev, Karan Johar, Anaita Shroff Adajania dan Arjun Sablok.

(Sumber: Gulf News)
(Sumber foto: IBTimes India)