Setelah menunda projek filem berbajet besar “Ekkis”, pengarah Sriram Raghavan membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada filem terbarunya bersama bintang Bollywood Katrina Kaif.
Memetik laporan dari Filemfare, Katrina akan digandingkan dengan ‘superstar’ industri filem India Selatan Vijay Sethupathi sebagai pasangan kekasih.
Jika Sriram sudah memuktamadkan keputusannya, maka filem yang belum diberi judul itu akan menjadi sebuah filem besar memandangkan terdapat dua bintang terkenal yang digandingkan.
Bagaimanapun, buat masa ini Sriram atau kedua-dua bintang filem berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun pengumuman rasmi.
Terdahulu, Vijay sepatutnya membuat debut di Bollywood menerusi filem Aamir Khan, “Laal Singh Chaddha”, namun dia telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu.
Beralih ke perkembangan lain, Katrina bakal dilihat menerusi filem komedi seram “Phone Boot” bersama Siddhant Chaturvedi dan Ishaan Khatter, serta sebuah projek filem baru bersama pengarah Ali Abbas Zafar.
Sementara itu, Vijay pula sedang menantikan tayangan filem “Master” yang kini dinanti-nantikan oleh para peminat dari seluruh dunia.
(Sumber foto: India New England & India Glitz)
Nishveen Kaur
Tue Jan 12 2021
_1.png?ext=.png)

Penang's Thanneermalai Chariot Procession I Thaipusam 2021 LIVE

Thaipusam 2021 Evening Celebration LIVE from Malaysia, India, Sri Lanka, Mauritius & More!

Murugan Abishegam Before Mahesvara Pooja I 28th Jan 2021

Morning Pooja Special from Thiruchendur, Mauritius, Penang & More l 28th Jan 2021

Murugan Tharisanam from Penang, Ipoh, Thiruthani, Pazhani & Ratnagiri l 28th Jan 2021

Paal Abishegam for Lord Murugan l 28th Jan 2021

Arrival Of Vel in Penang's Thanneermalai Temple l 28th Jan 2021

Murugan Tharishanam from Penang's Thanneermalai Temple | 28th Jan 2021

Thirukathavu Opening at Penang's Thanneermalai Temple | 28th Jan 2021
