Rancangan TV thriller ‘supernatural’ terkenal “Naagin” musim kelima akan melabuhkan tirainya pada Februari depan setelah enam bulan disiarkan.
Walau bagaimanapun, seperti yang didedahkan oleh sumber dari Times of India, buat masa ini pihak penerbit masih belum menentukan tarikh untuk menyiarkan episod terakhir.
“”Naagin 5” akan berhenti dikeudarakan pada Februari selepas enam bulan disiarkan. Tarikhnya belum diputuskan lagi.
“Pihak produksi sedar akan perkembangan ini. Penggambaran episod terakhir akan berlangsung pada akhir bulan ini,” katanya.
Sehubungan dengan itu, penerbit “Naagin” iaitu Ekta Kapoor dikhabarkan akan menggantikan siri itu dengan sebuah siri berkonsepkan ‘vampire’ selepas “Pyaar Kii Yeh Ek Kahaani” lakonan Vivian Dsena.
Namun Ekta belum tampil dengan kenyataan sendiri untuk mengesahkan perkara tersebut.
Terdahulu, para peminat “Naagin 5” memuji keserasian dua pelakon utamanya iaitu Surbhi Chandna dan Sharad Malhotra di skrin, di mana mereka menjayakan watak suami isteri Bani Sharma dan Veeranshu Singhania.
Menurut Surbhi, biarpun pada mulanya dia berasa gementar untuk menjayakan siri itu, namun keyakinan Ekta terhadapnya secara tidak langsung telah memberi semangat kepadanya.
Selain Surbhi dan Sharad, “Naagin 5” turut dibintangi pelakon lain seperti Mohit Sehgal, Nia Sharma, Vijayendra Kumeria, Surbhi Jyoti dan Adaa Khan.
(Sumber foto: Naagin Instagram)
Nishveen Kaur
Mon Jan 11 2021
.png?ext=.png)

Penang's Thanneermalai Chariot Procession I Thaipusam 2021 LIVE

Thaipusam 2021 Evening Celebration LIVE from Malaysia, India, Sri Lanka, Mauritius & More!

Murugan Abishegam Before Mahesvara Pooja I 28th Jan 2021

Morning Pooja Special from Thiruchendur, Mauritius, Penang & More l 28th Jan 2021

Murugan Tharisanam from Penang, Ipoh, Thiruthani, Pazhani & Ratnagiri l 28th Jan 2021

Paal Abishegam for Lord Murugan l 28th Jan 2021

Arrival Of Vel in Penang's Thanneermalai Temple l 28th Jan 2021

Murugan Tharishanam from Penang's Thanneermalai Temple | 28th Jan 2021

Thirukathavu Opening at Penang's Thanneermalai Temple | 28th Jan 2021
