Aktres Taapsee Pannu mengakui berasa rindu untuk beraksi di set penggambaran filem memandangkan kini negara India telah melaksanakan Perintah Berkurung akibat pandemik COVID-19.
Susulan itu, Taapsee dilihat aktif berkongsikan foto-foto dan rakaman video lama yang diambil ketika berada di set penggambaran filem seperti "Gaurang", "Manmarziyaan", "Soorma", "Mulk" dan "Anando Brahma".
Terbaru, Taapsee memuat naik sekeping foto dirinya bersama pengarah filem "Badla", Sujoy Ghosh, yang memaparkan kedua-duanya sedang mengadakan perbincangan.
"Sehari sebelum kami memulakan penggambaran "Badla" di Glasgow, tiada sesiapa yang boleh meneka siapa yang mengarah siapa, siapa yang bercakap dan siapa yang mendengar.
"Tetapi apa yang pasti, kedua-duanya gemar berbual bermula dengan isu rambut lelaki hingga ke isu makanan wanita. Ketika pertama kali bertemu lima tahun lalu, kami tak tahu bahawa inilah filem yang kami akan bekerjasama.
"Namun apabila sudah tahu, kami pasti yang kami akan terus memberi kejutan kepada satu sama lain pada masa akan datang bukan sahaja dalam filem tetapi juga topik-topik perbualan yang tak masuk akal," tulisnya di Instagram.
"Badla" merupakan filem thriller misteri yang menggandingkan Taapsee bersama bintang veteran Amitabh Bachchan. Filem itu berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak 138.49 Crores (kira-kira RM82.946 juta).
Beralih ke perkembangan lain, Taapsee bakal muncul dengan tiga filem baru iaitu "Haseen Dillruba", "Looop Lapeta" dan "Shabaash Mithu", yang mana ketiga-tiga sesi penggambarannya tergendala akibat COVID-19.
(Sumber: Taapsee Pannu Instagram)
(Sumber foto: Taapsee Pannu Instagram)
Public Anonymous User
Tue Apr 28 2020


Penang's Thanneermalai Chariot Procession I Thaipusam 2021 LIVE

Thaipusam 2021 Evening Celebration LIVE from Malaysia, India, Sri Lanka, Mauritius & More!

Murugan Abishegam Before Mahesvara Pooja I 28th Jan 2021

Morning Pooja Special from Thiruchendur, Mauritius, Penang & More l 28th Jan 2021

Murugan Tharisanam from Penang, Ipoh, Thiruthani, Pazhani & Ratnagiri l 28th Jan 2021

Paal Abishegam for Lord Murugan l 28th Jan 2021

Arrival Of Vel in Penang's Thanneermalai Temple l 28th Jan 2021

Murugan Tharishanam from Penang's Thanneermalai Temple | 28th Jan 2021

Thirukathavu Opening at Penang's Thanneermalai Temple | 28th Jan 2021
