Salman Khan dan Suniel Shetty telah lama bekerja dan berkawan. Dan semestinya ketika anak lelaki Suniel, Ahan Shetty menceburi industri Bollywood, dia akan mendapat banyak kasih sayang dan perhatian dari semua orang yang mempunyai ikatan bersama ayahnya.

Oleh itu apabila poster filem pertama Ahan, 'Tadap' dilancarkan, Salman Khan tidak melepaskan peluang untuk menyambut anak muda tersebut dengan memuat naik kapysen berikut:


Tadap adalah pembuatan semula RX100, sebuah filem Telugu yang dibintangi oleh Kartikeya Gummakonda dan Payal Rajput.Filem ini, yang dirumuskan sebagai "kisah cinta yang luar biasa", dibintangi oleh Tara Sutaria di samping Ahan Shetty.

Poster pertama drama romantis ini telah dilancarkan oleh pelakon Akshay Kumar, yang juga merupakan rakan karib Suniel Shetty.




(Sumber Foto: Times of India, National Herald)