Aktor popular Salman Khan bakal meriliskan teaser treler filem paling dinanti-nantikan ramai iaitu "Radhe – Your Most Wanted Bhai" dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, Salman dikatakan telah membuat perbincangan dengan pengarah Prabhu Dheva mengenai tarikh rilis teaser treler filem itu.

Hasil perbincangan, kedua-dua mereka bersetuju untuk meriliskan teaser treler pertama pada hari Holi di India bagi memberi keterujaan kepada peminat yang sudah lama menantikan tayangan filem ini.

Ketika ini penggambaran filem "Radhe" sudah pun memasuki peringkat akhir dan dijangka akan selesai sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Selain sibuk mengarah, Prabhu juga terlibat sama dalam pembikinan teaser treler untuk filem ini.

Ini merupakan kali ketiga Salman bekerjasama dengan Prabhu yang mana sebelum ini mereka pernah terlibat dalam filem "Wanted" dan "Dabangg 3".

Selain Salman, filem yang padat dengan aksi ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Disha Patani, Randeep Hooda dan ramai lagi.

Filem "Radhe – Most Wanted Bhai" dijadualkan akan ditayangkan pada Aidilfitri iaitu pada 22 Mei.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Cinestaan)