CLOSE
CLOSE AD

Filem Terbaru Salman Khan "Kick 2" Bakal Direalisasikan

  • 11 Jun 2019
Filem-Terbaru-Salman-Khan-Kick-2-Bakal-Direalisasikan

Tahun 2019 merupakan tahun yang amat sibuk buat bintang tersohor Bollywood iaitu Salman Khan apabila jadualnya padat sepanjang tahun ini dengan penggambaran.

Menurut laporan dari Bollywoodlife, aktor itu telah dikatakan bakal muncul dengan filem terbarunya yang merupakan filem sekuel "Kick 2" tidak lama lagi selepas teka-teki mengenai siapa yang akan mengarah filem itu akhirnya disahkan iaitu Sajid Nadiadwala yang juga merupakan pengarah kepada filem pertama.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap produksi Nadiadwala Grandson Entertainment.

"Untuk menjawab segala persoalan, kami dengan keras menafikan laporan mengenai mana-mana nama pengarah lain yang dikatakan akan mengarah "Kick 2".

"Filem terbaru "Kick 2" terbitan Nadiadwala Grandson akan diarahkan oleh Sajid Nadiadwala," ujarnya.

Terdahulu, terdapat khabar angin yang mengatakan Rohit Shetty akan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk filem itu.

Filem "Kick" yang dibintangi oleh Salman pada tahun 2014 merupakan filem terbesar pada tahun itu selepas filem Aamir Khan berjudul "PK".

Sementara itu, Salman kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya berjudul "Dabangg 3" yang akan selesai tidak lama lagi.

Selepas itu dia akan kembali masuk ke set penggambaran untuk filem terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali berjudul "Inshallah" bersama Alia Bhatt.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber: Bollywoodlife
Sumber foto: India.com



Suggested Articles

Aditya-Roy-Kapoor-Teruskan-Penggambaran-Sadak-2-Semasa-Deepavali Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Aditya Roy Kapoor Teruskan Penggambaran "Sadak 2" Semasa Deepavali

Aktor itu bakal berangkat ke Ooty bersama aktres gandingannya Alia Bhatt.

Pengarah-Pati-Patni-Aur-Woh-Jelaskan-Remake-berbeza-Dari-Filem-Asal Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Pengarah "Pati Patni Aur Woh" Jelaskan 'Remake' berbeza Dari Filem Asal

Pengarah itu turut menghasilkan watak-watak baru bagi peneraju utama.

Farah-Khan-Jawab-Spekulasi-Mengenai-Remake-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Farah Khan Jawab Spekulasi Mengenai 'Remake' "Satte Pe Satta"

Pengarah itu akan membuat pengumuman rasmi filem tersebut pada Deepavali.

Mouni-Roy-Tak-Sasar-Kutipan-Pecah-Panggung Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Mouni Roy Tak Sasar Kutipan Pecah Panggung

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".

Kangana-Ranaut-Bakal-Bergelar-Penerbit-Filem Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Kangana Ranaut Bakal Bergelar Penerbit Filem

Aktres itu akan menubuhkan syarikat produksi sendiri pada tahun hadapan.

Nushrat-Bharucha-Bosan-Galas-Watak-Sama Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Nushrat Bharucha Bosan Galas Watak Sama

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".