CLOSE
CLOSE AD

Gandingan Debut John Abraham & Emraan Hashmi Dalam Filem Gangster

  • 11 Jun 2019
Gandingan-Debut-John-Abraham-Emraan-Hashmi-Dalam-Filem-Gangster

Bintang filem aksi John Abraham dan Emraan Hashmi bakal digandingkan buat pertama kalinya dalam sebuah filem aksi gangster.

Pembikin filem Sanjay Gupta kembali menghasilkan filem bergenre gangster ini selepas enam tahun sejak tayangan filem "Shootout At Wadala" 2013.

Berlatar belakang zaman 80-an dan 90-an, filem ini dibuat berdasarkan kisah benar yang mengubah bandar Mumbai.

Isu yang akan diceritakan dalam filem termasuk kilang-kilang yang ditutup, hubungan antara ahli-ahli politik, pihak polis, pembunuhan seorang ahli perniagaan terkenal dan pelbagai peristiwa dramatik lain.

Menurut laporan dari MumbaiMirror, John dan Emraan akan memainkan dua watak utama bagi filem ini iaitu seorang anggota polis dan seorang gangster.

Bagaimanapun, sebarang butiran lanjut belum didedahkan namun pembikin filem bercadang untuk mengumumkannya tidak lama lagi.

Jika semuanya berjalan dengan lancar maka mereka akan memulakan proses penggambaran dalam tempoh dua bulan akan datang.

Penggambaran akan dijalankan di lokasi-lokasi sebenar isu berlaku di bandar Mumbai dan pihak produksi akan cuba mengembalikan semula era dahulu bermula dari bangunan, jalan raya, senjata dan pakaian.

Buat masa ini, pembikin filem sedang mencari seorang aktres terkemuka untuk memainkan watak peneraju wanita utama.

Sebelum ini, John pernah bekerja dengan Sanjay menerusi filem "Shootout At Wadala" sementara ini merupakan kali pertama Emraan berkolaborasi dengan dua individu tersebut.

Filem yang belum diberikan judul ini dijangka akan ditayangkan pada 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: hdqwalls.com & msn.com



Suggested Articles

Pengarah-mahukan-Shah-Rukh-Khan-dan-Amitabh-Bachchan-dalam-Don-terbaru Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jun 2019

Pengarah mahukan Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan dalam "Don" terbaru!

Farhan Akthar harap impiannya untuk dapatkan kedua-dua bintang ini tercapai.

Amitabh-Bachchan-Tunai-Janji-Langsaikan-Hutang-2-100-Petani Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Amitabh Bachchan Tunai Janji, Langsaikan Hutang 2,100 Petani

Bintang veteran itu berkongsi berita tersebut menerusi entri blog miliknya.

Akshay-Kumar-Katrina-Kaif-Sambung-Penggambaran-di-Hyderabad Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Akshay Kumar & Katrina Kaif Sambung Penggambaran di Hyderabad

Kedua-dua aktor itu merupakan peneraju filem "Sooryavanshi".

Shahid-Kapoor-Kabir-Singh-sebuah-Naskhah-Unik Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Shahid Kapoor: "Kabir Singh" sebuah Naskhah Unik

Shahid Kapoor terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana tertarik dengan watak Kabir Singh.

Sonakshi-Sinha-umum-tarikh-tayangan-filem-Khandaani-Shafakhana Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Sonakshi Sinha umum tarikh tayangan filem "Khandaani Shafakhana"

Filem itu akan mula ditayangkan pada 26 Julai tahun ini.

Priyanka-Chopra-Rai-Tamatnya-Penggambaran-The-Sky-Is-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Priyanka Chopra Rai Tamatnya Penggambaran "The Sky Is Pink"

Filem itu merupakan 'comeback' Priyanka dalam dunia Bollywood.