CLOSE
CLOSE AD

"Bhoot: Part One - The Haunted Ship" Permulaan Francais Filem Seram Karan Johar

  • 10 Jun 2019
Bhoot-Part-One-The-Haunted-Ship-Permulaan-Francais-Filem-Seram-Karan-Johar

Pembikin filem hebat Karan Johar kembali dengan menerbitkan sebuah francais filem seram yang dimulakan dengan filem "Bhoot: Part One – The Haunted Ship".

Karan yang terkenal dengan filem-filem romantis terbitannya baru-baru ini memberi sedikit 'teaser' kepada para peminat dengan melancarkan poster pengumuman filem seram tersebut di laman Instagram miliknya.

Berikutan poster itu, Karan telah melancarkan poster rasmi filem tersebut menerusi laman Twitter syarikat produksi Dharma Productions yang menampilkan aktor Vicky Kaushal.

Sehubungan dengan itu, filem ini menandakan debut francais filem seram bagi syarikat produksi milik Karan itu.

Dua bulan yang lalu, aktor tersebut mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran filem itu di dalam sebuah kapal di Alang, Gujarat.

Insiden itu menyebabkan Vicky patah tulang pipi kerana dihempap pintu ketika melakonkan aksi lagak ngeri. Selain Vicky, aktres Bhumi Pednekar turut akan membuat 'cameo' dalam filem itu.

Filem itu diarahkan oleh Bhanu Pratap Singh bersama dengan Shashank Khaitan yang merupakan pengarah filem "Humpty Sharma Ki Dulhania".

"Shashank mengenalkan saya kepada Bhanu, yang mengagumi saya. Dia amat meminati genre seram dan ingin mengarah filem ini.

"Genre seram merupakan antara genre yang paling terlaris di seluruh dunia dan saya sangat teruja memulakan francais pertama Dharma," ujar Karan.

Para pembikin filem tersebut turut mendapatkan hak rasmi judul filem berkenaan daripada Ram Gopal Varma, pengarah filem "Bhoot" 2003.

Difilemkan sepenuhnya di atas sebuah kapal usang, filem ini diinspirasikan dari sebuah kisar benar.

Sesi penggambaran sudah hampir ke penghujungnya dan projek itu dijadualkan untuk dirilis pada 15 November tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Bollywood Hungama
Sumber foto: ABP Live



Suggested Articles

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.

Madame-Tussauds-Singapore-beri-penghormatan-kepada-Sridevi Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Aug 2019

Madame Tussauds Singapore beri penghormatan kepada Sridevi

Sebuah patung lilin mendiang aktres itu telah dipamerkan di muzium tersebut.

Priyanka-Chopra-dituduh-hipokrit Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2019

Priyanka Chopra dituduh hipokrit

Aktres itu dikritik oleh seorang penonton yang hadir di sebuah acara kosmetik pada minggu lalu.

Taapsee-Pannu-bakal-bintangi-filem-supernatural-thriller Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2019

Taapsee Pannu bakal bintangi filem 'supernatural-thriller'

Aktres itu akan tampil dengan penampilan baru bagi menjayakan wataknya.

Ajay-Devgn-dan-Abhishek-Bachchan-Kembali-Bersatu-dalam-Filem-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Aug 2019

Ajay Devgn dan Abhishek Bachchan Kembali Bersatu dalam Filem Baru

Filem yang masih belum diberi judul itu akan diterbitkan oleh Ajay sendiri.