CLOSE
CLOSE AD

Jacqueline Fernandez Ditawar Bintangi 'Remake' Filem "Arth"

  • 10 Jun 2019
Jacqueline-Fernandez-Ditawar-Bintangi-Remake-Filem-Arth

Pembikin filem telah memberi tawaran kepada Jacqueline Fernandez untuk menerajui 'remake' filem klasik "Arth" 1982.

Menurut laporan IndiaToday, Jacqueline akan menggantikan watak yang dibawa oleh Smita Patil menerusi filem asal.

Menerusi sebuah temubual, Jacqueline mengakui telah melibatkan diri dalam kelas-kelas lakonan di Studio Ivana Chubbuck di Los Angeles bagi mengeksperimentasikan wataknya.

Walaupun tidak mahu lari dari pawagam komersial, namun sebagai aktres, dia mahu mendalami dirinya dan melakukan perkara di luar kemampuannya.

Sejak beberapa tahun lepas, Jacqueline mencari skrip berbeza yang mampu membawa dirinya keluar dari zon selesa. Kini dia perlu mengimbangi kedua-dua perkara tersebut.

Sumber terdekat memberitahu filem 'remake' ini akan diarahkan oleh aktres Revathi dan kini dia sedang sibuk dalam menghasilkan skrip sebelum memulakan uji bakat mencari pelakon lain.

"Baru-baru ini pembikin filem telah memberi tawaran kepada Jacqueline dan dia menyukai kedua-dua konsep dan watak yang perlu dibawanya.

"Dia amat teruja untuk menjadi sebahagian dari 'remake' filem ikonik seperti "Arth" dan memberi persetujuan namun belum menandatangani kontrak," jelas sumber itu lagi.

"Arth" mengisahkan tentang Pooja yang patah hati apabila mendapat tahu suaminya Inder telah jatuh cinta dengan wanita lain bernama Kavita.

Filem itu memberi mesej bahawa seorang wanita tidak perlu bergantung kepada lelaki atau perkahwinan untuk merasakan dirinya selamat dan sempurna.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: India Today
Sumber foto: Biz Asia



Suggested Articles

Pengarah-mahukan-Shah-Rukh-Khan-dan-Amitabh-Bachchan-dalam-Don-terbaru Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jun 2019

Pengarah mahukan Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan dalam "Don" terbaru!

Farhan Akthar harap impiannya untuk dapatkan kedua-dua bintang ini tercapai.

Amitabh-Bachchan-Tunai-Janji-Langsaikan-Hutang-2-100-Petani Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Amitabh Bachchan Tunai Janji, Langsaikan Hutang 2,100 Petani

Bintang veteran itu berkongsi berita tersebut menerusi entri blog miliknya.

Akshay-Kumar-Katrina-Kaif-Sambung-Penggambaran-di-Hyderabad Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Akshay Kumar & Katrina Kaif Sambung Penggambaran di Hyderabad

Kedua-dua aktor itu merupakan peneraju filem "Sooryavanshi".

Shahid-Kapoor-Kabir-Singh-sebuah-Naskhah-Unik Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Shahid Kapoor: "Kabir Singh" sebuah Naskhah Unik

Shahid Kapoor terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana tertarik dengan watak Kabir Singh.

Sonakshi-Sinha-umum-tarikh-tayangan-filem-Khandaani-Shafakhana Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Sonakshi Sinha umum tarikh tayangan filem "Khandaani Shafakhana"

Filem itu akan mula ditayangkan pada 26 Julai tahun ini.

Priyanka-Chopra-Rai-Tamatnya-Penggambaran-The-Sky-Is-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Priyanka Chopra Rai Tamatnya Penggambaran "The Sky Is Pink"

Filem itu merupakan 'comeback' Priyanka dalam dunia Bollywood.