CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone Sahkan Sertai Suami, Ranveer Singh Dalam "83"

  • 10 Jun 2019
Deepika-Padukone-Sahkan-Sertai-Suami-Ranveer-Singh-Dalam-83

Selesai sahaja penggambaran filem "Chhapaak", kini aktres Deepika Padukone bersedia untuk membintangi filem "83".

Menerusi laporan BollywoodBubble, sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi yang dibuat tentang Deepika akan menerajui filem tersebut namun kini dia telah mengesahkan perkara itu.

Deepika akan dilihat memainkan watak isteri kepada bekas pemain kriket India, Kapil Dev yang dilakonkan oleh suaminya sendiri, Ranveer Singh.

"Saya sangat gembira apabila Kabir (pengarah) memberi tawaran ini kepada saya. Perkara ini berlaku beberapa bulan lepas ketika dia sedang menguji bakat pelakon lelaki lain.

"Pada ketika itu pula saya sedang sibuk dengan penggambaran "Chhapaak" jadi kami menanti masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara ini," jelas Deepika.

Bercerita lanjut tentang wataknya Romi, Deepika memberitahu dia telah beberapa kali bertemu isteri Kapil itu termasuk di majlis perkahwinannya sendiri.

Dia turut membuat rujukan atas segala bahan yang diberikan oleh pihak produksi. Ibu bapanya juga mengenali keluarga Kapil dan Romi selama beberapa tahun.

Tambah Deepika lagi, sebelum memulakan penggambaran, dia ingin meluangkan masa bersama Romi bagi memahami perspektif wanita itu dengan lebih mendalam supaya dapat membantu pembawaan wataknya.

Perkara yang paling jelas tentang Romi adalah gaya rambut pendeknya seakan lelaki. Deepika memberitahu supaya penonton tunggu dan lihat sahaja jika dia akan memotong rambut dengan gaya yang sama.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Bollywood Bubble
Sumber foto: The Daily New Nation



Suggested Articles

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.

Madame-Tussauds-Singapore-beri-penghormatan-kepada-Sridevi Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Aug 2019

Madame Tussauds Singapore beri penghormatan kepada Sridevi

Sebuah patung lilin mendiang aktres itu telah dipamerkan di muzium tersebut.

Priyanka-Chopra-dituduh-hipokrit Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2019

Priyanka Chopra dituduh hipokrit

Aktres itu dikritik oleh seorang penonton yang hadir di sebuah acara kosmetik pada minggu lalu.

Taapsee-Pannu-bakal-bintangi-filem-supernatural-thriller Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2019

Taapsee Pannu bakal bintangi filem 'supernatural-thriller'

Aktres itu akan tampil dengan penampilan baru bagi menjayakan wataknya.

Ajay-Devgn-dan-Abhishek-Bachchan-Kembali-Bersatu-dalam-Filem-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Aug 2019

Ajay Devgn dan Abhishek Bachchan Kembali Bersatu dalam Filem Baru

Filem yang masih belum diberi judul itu akan diterbitkan oleh Ajay sendiri.