CLOSE
CLOSE AD

Nawazuddin Siddiqui bakal muncul dalam filem "Serious Men"

  • 07 Jun 2019
  • Tags:
Nawazuddin-Siddiqui-bakal-muncul-dalam-filem-Serious-Men

Nawazuddin Siddiqui akan menerajui sebuah filem adaptasi novel Manu Joseph 2010 yang sama judul iaitu "Serious Men".

Menurut laporan IndiaToday, filem tersebut menandakan kali kedua lakonan Siddiqui dalam filem atau drama yang ditayangkan di saluran web.

Sebelum ini, Siddiqui telah dilihat berlakon dalam drama bersiri "Sacred Games" yang ditayangkan di saluran Netflix dimana ia akan diterbitkan dalam musim kedua tidak lama lagi.

Siddiqui akan membawa watak Ayyan Mani, seorang pemuda Dalit dalam filem yang diarahkan oleh Sudhir Mishra, yang sebelum ini mengarah filem "Hazaaron Khwaishein Aisi", "Daas Dev" dan "Hostages".

"Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian dari "Serious Men" dan dapat bekerja dengan Sudhir Mishra yang berfikiran kreatif.

"Ini merupakan kali kedua saya berkolaborasi dengan Netflix selepas "Sacred Games" dan saya harap penonton dapat menyokong watak Ayyan Mani yang saya mainkan," ujarnya.

Tambah Siddiqui lagi, dia tidak sabar menantikan tayangan "Sacred Games 2" dan ingin melihat reaksi daripada para penonton.

"Serious Men" adalah salah satu daripada 15 buah filem Netflix yang telah diumumkan oleh syarikat portal penstriman itu pada awal tahun ini.

Filem itu berkisar mengenai kritikan terhadap system kasta di India. Berlatar belakang di Mumbai, ia menceritakan kehidupan seorang pemuda Dalit, yang bekerja di bawah majikannya seorang ahli astronomi Brahmin.

Ayyan Mani bekerja di sebuah institut sains dan perlu berdepan dengan liku-liku kehidupannya serta terpaksa menipu tentang anak lelakinya yang berusia 10 tahun.

Kali terakhir Siddiqui berlakon sebagai peneraju adalah dalam filem "Photograph". Aktor itu juga bakal terlibat dalam filem baru "Bole Chudiya".

(Sumber artikel: India Today)

(Sumber foto: News Bugz)



Suggested Articles

Pengarah-mahukan-Shah-Rukh-Khan-dan-Amitabh-Bachchan-dalam-Don-terbaru Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jun 2019

Pengarah mahukan Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan dalam "Don" terbaru!

Farhan Akthar harap impiannya untuk dapatkan kedua-dua bintang ini tercapai.

Amitabh-Bachchan-Tunai-Janji-Langsaikan-Hutang-2-100-Petani Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Amitabh Bachchan Tunai Janji, Langsaikan Hutang 2,100 Petani

Bintang veteran itu berkongsi berita tersebut menerusi entri blog miliknya.

Akshay-Kumar-Katrina-Kaif-Sambung-Penggambaran-di-Hyderabad Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Akshay Kumar & Katrina Kaif Sambung Penggambaran di Hyderabad

Kedua-dua aktor itu merupakan peneraju filem "Sooryavanshi".

Shahid-Kapoor-Kabir-Singh-sebuah-Naskhah-Unik Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Shahid Kapoor: "Kabir Singh" sebuah Naskhah Unik

Shahid Kapoor terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana tertarik dengan watak Kabir Singh.

Sonakshi-Sinha-umum-tarikh-tayangan-filem-Khandaani-Shafakhana Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Sonakshi Sinha umum tarikh tayangan filem "Khandaani Shafakhana"

Filem itu akan mula ditayangkan pada 26 Julai tahun ini.

Priyanka-Chopra-Rai-Tamatnya-Penggambaran-The-Sky-Is-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Priyanka Chopra Rai Tamatnya Penggambaran "The Sky Is Pink"

Filem itu merupakan 'comeback' Priyanka dalam dunia Bollywood.