CLOSE
CLOSE AD

Mouni Roy Dilabel tak Profesional, Ditolak Berlakon Filem "Bole Chudiya"

  • 04 Jun 2019
Mouni-Roy-Dilabel-tak-Profesional-Ditolak-Berlakon-Filem-Bole-Chudiya

Mouni Roy dikatakan memalukan para pembikin filem "Bole Chudiya" di set penggambaran.

Aktres Bollywood Mouni Roy telah ditolak berlakon dalam filem terbaru berjudul "Bole Chudiya" kerana bersikap tidak profesional.

"Kami telah melabur sejumlah wang yang besar dan jika meminta seseorang untuk memberi komitmen terhadap peranan dengan cara yang baik digelar biadap, jadi minta maaf, kami serius dalam bisnes membikin filem dan ia bukan sahaja sekadar hobi.

"Dari awal kami menandatangani kontrak dengan dia (Mouni), dia dan agensinya Toabh telah bersikap tak profesional dan tak bertanggungjawab," jelas penerbit Rajesh Bhatia menerusi laporan dipetik dari GulfNews.

Tambahnya lagi, selepas menandatangani MOU dan membayar Mouni, dia masih bersikap demikian serta memalukan penerbit, pengarah dan pelakon lain.

Bhatia turut berasa kesal dengan sikap Mouni apabila dia lewat hadir ke lokasi penggambaran iaitu pada 5:30 petang dimana jadual sepatutnya dimulakan pada pukul 3 petang.

Bhatia berkata watak peneraju wanita diketengahkan dalam filem dimana skripnya merupakan salah satu yang terbaik pernah dihasilkan.

"Saya agak terkejut apabila mendengar dia merungut. Sejujurnya saya tahu dia berasa bersalah dan cuba membela diri dalam berita yang dikeluarkan," tambah penerbit itu lagi.

"Bole Chudiya" menandakan debut pengarahan Shamas Nawab Siddiqui dan diterbitkan oleh Rajesh Bhatia dan Kiran Bhatia di bawah syarikat produksi Woodpecker Movies.

Setakat ini, para pembikin filem masih belum menemui pengganti bagi Mouni. Filem itu menampilkan aktor Nawazuddin Siddiqui sebagai peneraju utama dan dijangka akan ditayangkan pada 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Gulf News
Sumber foto: CelebrityWeb



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.