CLOSE
CLOSE AD

Kirti Kulhari Semakin Menyinar di Dunia Bollywood

  • 04 Jun 2019
Kirti-Kulhari-Semakin-Menyinar-di-Dunia-Bollywood

Kirti Kulhari ingin berlakon dalam filem bergenre komedi dan romantik.

Aktres Kirti Kulhari berasa gembira selepas para penonton menyukai lakonannya dalam beberapa filem sebelum ini namun mengakui perjalanannya masih jauh.

Menurut laporan yang dipetik dari Mid-day, Kirti dilihat kali terakhir berlakon dalam filem "Uri: The Surgical Strike" dan siri web Amazon Prime Video berjudul "Four More Shots Please".

"Jika anda berbakat dan rajin berusaha, anda pasti akan sentiasa berjaya bukan sahaja dalam industri hiburan tetapi juga industri lain.

"Saya benar-benar bekerja keras dengan kesabaran serta keazaman untuk mencapai apa yang saya ada sekarang tetapi perjalanan saya masih jauh," ujar Kirti dalam sebuah kenyataan media.

Aktres berusia 34 tahun ini turut berasa puas dengan kariernya sebagai pelakon dan pelbagai watak menarik yang dapat dilakonkannya.

Selepas menjiwai watak-watak serius dalam filem-filem sebelumnya, kini Kirti ingin berlakon dalam filem yang tidak terlalu berat.

Tambahnya lagi, cabaran yang dihadapinya adalah berlakon dalam projek filem yang berbeza genre dan bermakna. Dia juga ingin berlakon dalam filem komedi dan romantik.

Kirti berasa teruja dengan penerimaan filem "Uri: The Surgical Strike" sambil menyatakan tahun 2019 adalah tahun yang bermakna buat diri serta kerjayanya.

Dalam perkembangan lain, Kirti akan dilihat dalam filem "Mission Mangal" dan drama bersiri Netflix berjudul "Bard of Blood" bersama Emraan Hashmi.

Selain itu, Kirti juga akan memainkan watak seorang ahli muzik dalam sebuah filem yang masih belum diberi judul.

"Mission Mangal" merupakan filem India pertama tentang angkasa lepas dimana Kirti akan berganding bersama Vidya Balan, Taapsee Pannu, Sonakshi Sinha, Akshay Kumar dan Sharman Joshi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mid-day
Sumber foto: Eastern Eye



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.