CLOSE
CLOSE AD

Filem Terbaru Vivek Agnihotri Mengenai Pelarian Kashmiri Pandit

  • 03 Jun 2019
Filem-Terbaru-Vivek-Agnihotri-Mengenai-Pelarian-Kashmiri-Pandit

Vivek Agnihotri pada mulanya ingin menulis buku namun mengubah fikiran untuk membikin filem tentang isu di Kashmir.

Selepas menjayakan "The Tashkent Files" pembikin filem Vivek Agnihotri sekali lagi tampil dengan projek filem terbaru berjudul "Kashmiri Files".

"Sudah lama saya berkeinginan untuk menghasilkan filem mengenai isu Kashmir dan selepas kejayaan saya baru-baru ini, saya berkeyakinan untuk menyentuh isu sensitif dalam filem.

"Kanak-kanak ditembak, golongan wanita diperkosa dan orang ramai diminta untuk meninggalkan rumah pada waktu malam, filem ini merupakan penyiasatan jujur tentang tragedi kemanusiaan terbesar," jelas Vivek dalam laporan MumbaiMirror.

Tambah pengarah itu lagi, sesi penggambaran akan dimulakan dalam tempoh enam bulan akan datang bersama para pelakon.

Vivek bercadang untuk melawat semua kawasan dimana pelarian Kashmiri Pandit menetap bermula dari Jammu, Delhi dan Mumbai ke antarabangsa dan merekodkan akaun mangsa-mangsa tersebut.

Menurut Vivek, dia juga telah bekerja bersama para aktivis di Kashmir serta menemu bual ahli-ahli politik di sana.

Pada mulanya, Vivek hanya bercadang untuk menulis buku tetapi kemudian mengubah fikiran untuk menceritakan isu tersebut dalam sebuah filem.

Dia turut berasa kesal dengan fakta yang ditonjolkan dalam beberapa filem mengenai Kashmir dimana angkatan tentera dilabel sebagai pengganas.

Vivek ingin mengubah persepsi orang ramai terhadap mitos dan propaganda terhadap isu yang berlaku di Kashmir.

Dalam pada itu, dia mengaku tidak berasa terkejut mengenai filem "The Tashkent Files" yang ditayangkan pada bulan lepas masih berada di pawagam dan mendapat sambutan baik daripada penonton.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: Mumbai Mirror
Sumber foto: swentoday.com



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.