CLOSE
CLOSE AD

Raghava Lawrence Kembali Mengarah Filem Komedi Seram "Laxmmi Bomb"

  • 03 Jun 2019
Raghava-Lawrence-Kembali-Mengarah-Filem-Komedi-Seram-Laxmmi-Bomb

Walaupun kecewa, Raghava Lawrence teruja dapat kembali dalam kumpulan produksi "Laxmmi Bomb" sebagai pengarah.

Pengarah Raghava Lawrence akan kembali mengarah filem komedi seram "Laxmmi Bomb" yang menampilkan Akshay Kumar sebagai peneraju utama.

Sebelum ini, Lawrence membuat keputusan untuk menarik diri dari projek tersebut selepas mendapat tahu bahawa pihak produksi mendedahkan filem itu tanpa pengetahuannya.

Menerusi satu penyataan media, dia meluahkan rasa kecewa dan berasa dirinya tidak dihormati atas perkara itu serta menyuruh pihak produksi mencari pengganti buatnya.

Bagaimanapun, dia menarik semula keputusannya untuk mengarah selepas segala masalah berkenaan filem telah diselesaikan dengan cara baik.

Lawrence mengambil peluang untuk mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter tentang dirinya sebagai pengarah 'remake' filem Tamil pecah panggung "Kanchana" itu.

"Saya kembali dalam kumpulan produksi sebagai pengarah "Laxmmi Bomb". Jutaan terima kasih kepada Akshay Kumar kerana memahami perasaan saya dan membantu menyelesaikan segala isu.

"Saya juga ingin memberi penghargaan kepada penerbit saya Shabinaa Khan atas sebab yang sama. Terima kasih kepada kedua-duanya kerana memberi penghormatan buat saya," ujar Lawrence menerusi laporan yang dipetik dari TheNewsMinute.

Pengarah filem "Don" itu turut berasa teruja kerana dapat kembali bekerja sebagai sebahagian orang penting dalam projek berkenaan.

Walaupun berasa kecewa selama lebih seminggu, namun pengarah itu berasa senang dengan sokongan daripada ramai pihak.

Akshay akan dilihat memainkan watak seorang lelaki yang dirasuk oleh satu roh lelaki 'transgender'. Kiara Advani pula akan berganding dengannya sebagai peneraju wanita utama.

"Laxmmi Bomb" dijadual akan ditayangkan pada 2020 akan datang.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: The News Minute
Sumber foto: Cinema Express



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".