CLOSE
CLOSE AD

Aamir Khan Bantu Terbit Filem Biopik Gulshan Kumar "Mogul"

  • 03 Jun 2019
Aamir-Khan-Bantu-Terbit-Filem-Biopik-Gulshan-Kumar-Mogul

Aamir Khan menggantikan tempat Akshay Kumar dalam filem biopik "Mogul".

Penerbit Bhushan Kumar mendedahkan bahawa projek filem mengenai bapanya Gulshan Kumar "Mogul" akan dimulakan pada tahun hadapan.

Filem biopik itu telah beberapa kali ditunda atas sebab pertukaran peneraju namun baru-baru ini pihak produksi telah menetapkan protagonis bagi filem tersebut dan akan diumumkan pada Julai depan.

Aktor Amir Khan yang sepatutnya menerajui serta menerbit "Mogul" telah menarik diri dari projek itu pada tahun lalu selepas mendapat tahu mengenai dakwaan gangguan seksual yang dikenakan terhadap pengarah Subhash Kapoor.

Subhash Kapoor telah didakwa mencabul aktres Geetika Tyagi yang menfailkan tuduhan terhadapnya pada 2014.

Bagaimanapun, Bhushan menyatakan Aamir masih bekerja di bawah produksi sebagai penolong penerbit namun enggan mendedahkan jika Aamir akan menerajui filem tersebut.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut buat masa sekarang. Saya berasa senang kerana projek filem ini masih akan berjalan seperti biasa dengan peneraju yang mirip seperti ayah saya.

"Semuanya amat jelas jadi saya berasa gembira dengan perkara itu," ulas Bhushan menerusi laporan yang dipetik dari TheIndianExpress.

Tambah Bhushan lagi, pihak produksi tidak mahu bersikap terburu-buru serta ingin mengambil sepenuh masa bagi menjayakan filem yang penuh emosi itu.

Sebelum Aamir terlibat dengan projek itu, aktor Akshay Kumar sepatutnya menerajuinya namun kemudian membuat keputusan untuk menarik diri.

Filem "Mogul" arahan Eeshwar Nivas dijangka akan ditayangkan pada 2021.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: The Indian Express
Sumber foto: jooncreative.com



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.