CLOSE
CLOSE AD

Shashank Khaitan tangguh filem "Rannbhoomi" dengan Varun Dhawan

  • 31 May 2019
  • Tags:
Shashank-Khaitan-tangguh-filem-Rannbhoomi-dengan-Varun-Dhawan

Pengarah Shashank Khaitan terpaksa menangguhkan projek terbarunya "Rannbhoomi" bersama aktor Varun Dhawan gara-gara belum mempunyai idea penuh bagi jalan cerita filem itu.

Menurut laporan TheIndianExpress, pengumuman tentang pembikinan filem thriller yang berunsur perisikan dan pengganas itu telah dibuat oleh Khaitan pada tahun lepas dengan pelancaran treler filem.

Varun yang pernah bekerjasama dengan Khaitan menerusi filem "Humpty Sharma Ki Dulhania" dan "Badrinath Ki Dulhania" dipilih untuk menerajui watak utama.

Pengarah itu menyatakan dia telah berjaya menghasilkan skrip bagi separuh jalan cerita filem terbitan Karan Johar tersebut namun masih kekurangan idea untuk menyiapkan separuh lagi.

"Sebagai seorang penulis dan pengarah, saya tidak boleh mengasingkan diri. Setiap hari ada sahaja bahan baru yang ditunjukkan dalam rancangan televisyen dan filem, jadi saya rasa jika saya tiada apa-apa yang baru untuk ditonjolkan, maka saya hanya perlu berdiam diri.

"Itulah perkara yang berlaku sekarang dengan filem tersebut. Buat masa ini saya tiada idea baru jadi saya terpaksa menangguhkannya buat sementara," jelas Khaitan.

Pengarah yang pernah mengarah filem di bawah Dharma Production berjudul "Dhadak" itu berkata dia tidak mahu membikin filem sewenang-wenangnya hanya kerana filem aksi itu akan nampak hebat.

Khaitan berkata dia perlu berlaku jujur tentang perkara ini memandangkan dia juga seorang pengguna sebelum menjadi seorang pembikin filem.

Sebelum ini, terdapat juga ura-ura yang mengatakan aktres Janhvi Kapoor akan menjadi peneraju wanita utama disamping Varun bagi filem "Rannbhoomi".

Sementara itu, Varun bakal membuat kemunculan menerusi filem aksi Salman Khan "Bharat" dan sedang menjalani penggambaran filem "Street Dancer" yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

(Sumber artikel: The Indian Express)

(Sumber foto: Shashank KhaitanTwitter)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.

Nishant-Dahiya-Galas-Watak-Atlet-Kriket-Anglo-India-Dalam-83 Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Nishant Dahiya Galas Watak Atlet Kriket Anglo-India Dalam "'83"

Aktor itu akan menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny.