CLOSE
CLOSE AD

Filem 'reboot' "Mr India" bakal dibikin tidak lama lagi

  • 31 May 2019
  • Tags:
Filem-reboot-Mr-India-bakal-dibikin-tidak-lama-lagi

Penerbit Boney Kapoor mengesahkan bahawa dia akan membikin sebuah 'reboot' bagi filem klasik "Mr India" 1987.

"Idea saya adalah untuk membikin 'reboot' terlebih dahulu, kemudian menubuhkan sebuah francais dari filem tersebut. Ia perlu dibuat secara lebih kontemporari.

"Pihak kami telah memikirkan struktur jalan cerita. Kami juga masih belum memutuskan bila proses pembikinan akan dijalankan tetapi berniat untuk memulakannya tidak lama lagi," jelas Boney menerusi laporan dipetik dari Masala.com.

Tambah Boney lagi, kini dia mempunyai lebih banyak sebab untuk menghasilkan filem tersebut sebagai satu penghormatan kepada mediang isterinya, Sridevi.

"Mr India" merupakan filem sains fiksyen pertama di Bollywood yang memperkenalkan pelbagai 'special effects' kepada penonton di India.

Filem itu mengisarkan mengenai seorang guru muzik yang miskin tetapi baik hati, dilakonkan oleh Anil Kapoor, cuba menghiburkan anak-anak yatim.

Sementara itu, mendiang Sridevi pula membawa watak seorang wartawan yang menyewa dengannya. Mereka berdepan masalah apabila Mogambo, dilakonkan oleh mendiang Amrish Puri, mengganggu anak-anak yatim tersebut.

Hingga kini, filem itu masih diingati kerana dialog, tarian serta watak-watak menarik yang ditampilkan di dalamnya.

Selain "Hawa Hawaii" dan "Kaate Nahi Katte", beberapa babak seperti imitasi Charlie Chaplin yang dilakonkan oleh Sridevi dan Amrish Puri masih segar dalam ingatan peminat.

Baru-baru ini, Boney turut berkongsikan beberapa foto nostalgia dari set penggambaran "Mr India" yang mengukirkan senyuman di bibir para peminat.

(Sumber artikel: Masala.com)

(Sumber foto: Biz Asia)



Suggested Articles

Tiger-Shroff-Bakal-Jadi-Rambo-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Tiger Shroff Bakal Jadi "Rambo" Bollywood

Aktor itu akan menjalani penggambaran filem 'remake' "Rambo" bermula Mac 2020.

Sidharth-Malhotra-ditimpa-kemalangan-selepas-penggambaran-Shershaah Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Sidharth Malhotra ditimpa kemalangan selepas penggambaran "Shershaah"

Aktor itu turut berdepan cabaran menjalani penggambaran di Kargil.

Arjun-Rampal-Bakal-Bintangi-Sebuah-Filem-Thriller-Supernatural Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Arjun Rampal Bakal Bintangi Sebuah Filem Thriller 'Supernatural'

Aktor itu bersetuju untuk membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan skrip.

Akshay-Kumar-Terharu-Filem-Mission-Mangal-Capai-Kutipan-Tinggi Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Sep 2019

Akshay Kumar Terharu Filem "Mission Mangal" Capai Kutipan Tinggi

Aktor itu memberi penghargaan kepada penonton dan peminatnya menerusi laman sosial.

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.