CLOSE
CLOSE AD

Hina Khan teruja bekerja sambil bercuti di Eropah

  • 31 May 2019
  • Tags:
Hina-Khan-teruja-bekerja-sambil-bercuti-di-Eropah

Aktres Hina Khan yang membuat debut di Festival Filem Cannes 2019 baru-baru ini akan membintangi filem "Wish List".

Berjaya menarik perhatian orang ramai di festival filem itu dengan pesona fesyennya, Hina sekali lagi tampil dengan gaun hijau semasa pelancaran poster filem "Lines" di India Pavilion.

Menerusi filem "Wish List" arahan Rahat Kazmi, Hina akan dilihat bergandingan bersama aktor United Kingdom, Jitendra Rai sebagai watak sepasang kekasih.

Hina telah berkongsi foto-fotonya sedang makan angin bersama teman lelakinya Rocky Jaiswal di Eropah melalui laman Instagram miliknya.

Namanya mula terkenal menerusi debut lakonan dalam rancangan televisyen "Yeh Rishta Kya Kehlata Hai" serta watak sebagai Komolika dalam siri "Kasautii Zindagi Kay".

Hina mengesahkan berita mengenai dirinya yang kini mula menjalani sesi penggambaran filem itu pada hari yang sama dia meninggalkan French Riviera.

"Ia sebuah filem penuh emosi bersama mesej yang jelas, difilemkan di lokasi-lokasi menarik di serata Eropah.

"Sebagai seorang yang gemar pergi bercuti, saya menganggapnya sebagai satu peluang untuk makan angin sambil menerokai tempat menarik di Eropah," ujarnya menerusi laporan yang dipetik dari TheLiveMirror.

"Wish List" berkisar mengenai kehidupan sepasang kekasih yang kemudiannya mendapat tahu bahawa salah seorang daripada mereka didiagnosis dengan kanser dan hanya tinggal beberapa hari untuk hidup.

Justeru itu, mereka berdua bercadang untuk pergi bercuti serta meluangkan sepenuh masa bersama sementara masih ada peluang.

Bercerita lanjut mengenai karakternya, Hina memberitahu dia adalah seorang gadis yang kuat bekerja dan suka menghiburkan orang sekelilingnya.

(Sumber artikel: The Live Mirror)

(Sumber foto: Hina Khan Instagram)



Suggested Articles

Alia-Bhatt-nafi-cedera-ketika-penggambaran-Gangubai-Kathiawadi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2020

Alia Bhatt nafi cedera ketika penggambaran "Gangubai Kathiawadi"

Aktres itu menjelaskan kesakitan yang dialami akibat kecederaan lama.

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".