CLOSE
CLOSE AD

Katrina Kaif bakal tubuh rumah produksi sendiri

  • 30 May 2019
  • Tags:
Katrina-Kaif-bakal-tubuh-rumah-produksi-sendiri

Bintang sensasi Katrina Kaif kini dalam perancangan untuk melebarkan lagi sayapnya dalam dunia seni Bollywood apabila dia mengumumkan bakal menubuhkan rumah produksinya sendiri pada hujung tahun ini.

"Ya, ia benar. Saya rancang untuk tubuh rumah produksi sendiri dalam tahun ini juga. Saya sangat berharap dapat meletakkan nama saya sebagai penerbit untuk projek yang kini sedang dalam perbincangan," ujarnya yang dipetik dari Masala.

Terdahulu, Katrina dilaporkan telah membeli hak cipta sebuah filem Perancis berjudul "He Loves Me He Loves Me Not", bagaimanapun tiada sebarang mengenai mengenai pembikinan filem itu buat masa ini.

Perkembangan terbaru ini menyaksikan semakin ramai aktres popular Bollywood yang kini mahu menceburkan diri dalam dunia penerbitan filem pula.

Antara aktres terkenal yang mempunyai rumah produksi sendiri ketika ini adalah Priyanka Chopra, Anushka Sharma dan Deepika Padukone.

Dalam pada itu, Katrina kini sedang sibuk dengan promosi filem terbarunya berjudul "Bharat" yang akan ditayangkan pada Aidilfitri ini bergandingan dengan aktor Salman Khan.

Selain itu dia juga sedang dalam penggambaran filem kepolisan bersama Akshay Kumar dan Rohit Shetty berjudul "Sooryavanshi".

(Sumber berita: Masala)
(Sumber foto: newsx)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.