CLOSE
CLOSE AD

Vicky Kaushal dedah parut dalam biopik "Sardar Udham Singh"

  • 30 May 2019
  • Tags:
Vicky-Kaushal-dedah-parut-dalam-biopik-Sardar-Udham-Singh

Aktor Vicky Kaushal bakal muncul dengan filem biopik terbaru yang diberi judul "Sardar Udham Singh" arahan Shoojit Sircar.

Pada bulan lepas, Vicky telah ditimpa kemalangan dihimpap pintu yang menyebabkan tulang pipinya patah semasa penggambaran filem seram yang diarah oleh Bhanu Pratap Singh.

Kecederaan itu mengakibatkan timbul parut besar di mukanya, namun pembikin filem telah memikirkan cara untuk tidak menyembunyikan parut tersebut dalam filem biopik mereka.

"Kisah asal yang diceritakan oleh pakar sejarah menyatakan bahawa Udham Singh telah mengalami kecederaan di lengannya ketika peristiwa pembunuhan beramai-ramai Jallianwala Bagh.

"Sepuluh hari sebelum penggambaran filem itu dimulakan di Rusia pada 29 April, Vicky ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia patah tulang pipi dan terpaksa menerima 13 jahitan," ujar satu sumber menerusi laporan IndiaToday.

Menurut sumber itu lagi, semasa Vicky hadir ke set penggambaran di Rusia, Shoojit dan pihak produksi bercadang untuk menonjolkan sahaja parut itu sebalik menyembunyikannya dengan solekan.

Shoojit berpendapat bahawa parut di muka itu membantu untuk menyerlahkan lagi karakter Vicky dari parut di lengan.

Tambahan lagi, ia juga menjadi tanda peringatan hari bersejarah protagonis itu serta menggambarkan penderitaannya dengan lebih jelas menerusi filem tersebut.

Baru-baru ini, Vicky telah menyambut hari lahirnya yang ke-31 bersama rakan-rakan kolej di New York selepas menjalani penggambaran di Rusia. Tidak lama lagi aktor itu akan kembali untuk menyambung jadual kedua penggambaran.

Selain "Sardar Udham Singh", Vicky juga akan memulakan penggambaran filem arahan Karan Johar berjudul "Takht" yang turut menampilkan Ranveer Singh, Janhvi Kapoor, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Bhumi Pednekar dan Anil Kapoor.

(Sumber artikel: India Today)

(Sumber foto: GQ India)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.