CLOSE
CLOSE AD

Diljit Dosanjh and Yami Gautam bakal bergandingan dalam filem komedi

  • 30 May 2019
Diljit-Dosanjh-and-Yami-Gautam-bakal-bergandingan-dalam-filem-komedi

Penyanyi dan pelakon Diljit Dosanjh bakal tampil menerusi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza bersama aktres Yami Gautam.

Filem komedi yang belum mempunyai judul itu menandakan debut pengarahan Haroon, anak kepada pengarah Aziz Mirza.

Sebelum ini, Haroon telah menjadi penolong pengarah kepada bapanya bagi filem "Raju Ban Gaya Gentleman" dan "Yes Boss" lakonan bintang terkenal Shah Rukh Khan. Haroon juga membantu Amol Palekar mengarah filem "Paheli".

Diljit yang membuat debut Bollywood menerusi filem jenayah "Udta Punjab" arahan Abhishek Chaubey pada 2016 dilihat semakin menyerlah dalam panggung Hindi dengan filem-filem seperti "Phillauri", "Soorma" dan "Welcome To New York".

"Benar bahawa Diljit dan Yami telah bersetuju untuk meneraju filem ini. Ia merupakan gandingan baru dan kami sangat teruja kerana mereka berdua adalah pelakon yang hebat.

"Filem ini akan menceritakan kisah kehidupan sepasang kekasih dalam bentuk komedi," jelas penerbit Ramesh Taurani menerusi laporan yang dipetik dari MumbaiMirror.

Tambah Taurani lagi, filem itu akan turut menampilkan seorang lagi aktres muda dan mereka akan mengadakan uji bakat bagi mencari muka-muka baru untuk watak utama tersebut.

Proses penggambaran dijangka akan bermula secepat mungkin iaitu pada Ogos depan.

Dalam pada itu, Diljit akan muncul dalam sebuah filem polis komedi "Arjun Patiala" arahan Dinesh Vijan serta filem "Good News" arahan Karan Johar.

Sementara Yami yang terkenal dengan filem "Uri: The Surgical Strike" kini sedang terlibat dengan penggambaran filem "Bala" bersama Ayushmann Khurrana dan Bhumi Pednekar.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

(Sumber foto: Bollywood Mantra & Gabruu.com)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.