CLOSE
CLOSE AD

Esha Gupta tampil dengan idea unik promosikan "One Day: Justice Delivered"

  • 30 May 2019
  • Tags:
Esha-Gupta-tampil-dengan-idea-unik-promosikan-One-Day-Justice-Delivered

Esha Gupta ingin mencari jalan untuk menyelamatkan alam sekitar dengan aktiviti bermanfaat.

Sehubungan dengan tayangan "One Day: Justice Delivered" akan datang, aktres Esha Gupta telah tampil dengan satu idea unik untuk mempromosikan filem itu.

Memetik laporan dari TimesofIndia, idea Esha adalah untuk melakukan aktiviti menanam 100 anak pokok bersama para pelakon dan kru projek di tiga buah bandar termasuk Mumbai, Delhi dan Indore.

"Kami sering mempromosikan filem di pelbagai bandar dan lokasi tetapi kali ini saya ada terfikir untuk buat aktiviti menanam pokok kerana ia amat penting buat masa sekarang.

"Sebagai individu-individu yang bertamadun dan bertanggungjawab, kita perlu mencari jalan bagi membantu untuk menyelamatkan alam sekitar," ujarnya yang bersifat cintakan alam sekitar.

Baru-baru ini, pembikin filem telah melancarkan treler filem thriller misteri itu yang diterajui oleh mentor kepada Esha iaitu Anupam Kher sebagai pesara peguam.

Esha pula akan memainkan watak sebagai anggota polis bahagian kes jenayah yang perlu menyiasat serta menyelesaikan kes-kes bersiri melibatkan orang hilang.

Poster pertama filem telah dirilis pada Februari lepas oleh aktor veteran itu melalui laman Instagram miliknya sebagai petunjuk jalan cerita itu berkisar mengenai seorang pesara peguam cuba menyelesaikan kes jenayah dan menegakkan keadilan.

"One Day: Justice Delivered" turut dibintangi barisan pelakon seperti Zarina Wahab, Kumud Mishra, Zakir Hussain, Rajesh Sharma and Deepshikha dan Murali Sharma.

Filem itu dijadual untuk ditayangkan pada 14 Jun tahun ini.

(Sumber foto: The Daily Star)



Suggested Articles

Alia-Bhatt-nafi-cedera-ketika-penggambaran-Gangubai-Kathiawadi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2020

Alia Bhatt nafi cedera ketika penggambaran "Gangubai Kathiawadi"

Aktres itu menjelaskan kesakitan yang dialami akibat kecederaan lama.

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".