CLOSE
CLOSE AD

Kiara Advani bakal bintangi filem komedi "Indoo Ki Jawani"

  • 30 May 2019
  • Tags:
Kiara-Advani-bakal-bintangi-filem-komedi-Indoo-Ki-Jawani

Kiara Advani teruja bintangi filem 'female centric' pertamanya "Indoo Ki Jawani".

Aktres Kiara Advani telah bersetuju untuk menandatangani projek filem komedi terbaru yang diberi judul "Indoo Ki Jawani".

Menurut pembikin filem, "Indoo Ki Jawani" adalah sebuah komedi di mana Kiara akan memegang watak Indoo Gupta, seorang gadis yang berdikari dari Ghaziabad yang mencari cinta menerusi aplikasi telefon pintar.

Memetik laporan dari MumbaiMirror, Kiara mengakui bahawa dia tidak pernah menggunakan 'dating app' sebelum ini tetapi dia mendengar banyak kisah yang menarik melalui rakan-rakannya yang menggunakan aplikasi itu.

Dalam pada itu, Kiara turut berkongsi berita tentang filem yang dibintanginya itu di laman Twitter yang menandakan debut kolaborasinya bersama syarikat produksi Emmay Entertainment.

"Indoo merupakan seorang gadis yang penyayang, ceria dan sedikit pelik. Dialeknya adalah benda yang baru jadi saya perlu mengikuti banyak kursus untuk mahir.

"Saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran. Skripnya juga agak istimewa," ujar Kiara yang teruja dengan filem 'female centric' pertamanya itu.

Tambahnya lagi, jalan cerita filem itu sangat relevan dengan situasi zaman sekarang, tambahan lagi dengan latar belakang karakternya yang akan menjadikan filem itu menghiburkan.

Filem tersebut diterbitkan dengan kerjasama penerbit seperti Nikkhil Advani, Niranjan Iyengar dan Ryan Stephen dan proses produksi dijangka bermula pada bulan September.

Dalam perkembangan lain, Kiara kini sedang terlibat dengan penggambaran filem biopik Kapten Vikram Batra berjudul "Sher Shah" bersama Sidharth Malhotra.

(Sumber foto: Canindia News)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.