CLOSE
CLOSE AD

Pengarah Bejoy Nambiar kembali bikin filem thriller "Taish"

  • 30 May 2019
  • Tags:
Pengarah-Bejoy-Nambiar-kembali-bikin-filem-thriller-Taish

Kali terakhir Bejoy Nambiar mengarah filem adalah pada 2017 melalui filem "Solo" sebelum berehat buat sementara.

Pengarah Bejoy Nambiar kini sedang membikin sebuah filem thriller berjudul "Taish" yang akan diterajui Jim Sarbh, Amit Sadh dan Harshvardhan Rane.

Menurut laporan IndianExpress, Bejoy telah mengarahkan filem-filem seperti "Shaitaan", "Solo" dan "Wazir" sebelum membuat keputusan untuk berehat dari dunia Bollywood buat sementara.

Sumber dari pihak produksi mendedahkan bahawa penggambaran akan dimulakan pada bulan Julai dan semua babak akan dilakukan sepenuhnya di United Kingdom.

"Bejoy sedang mengambil masa untuk menghasilkan skrip filem sebelum ini. Kini dia sudah bersedia dengan "Taish" dan akan mula bekerja secepat yang mungkin.

"Bercakap mengenai jadual produksi pula, Bejoy bercadang untuk memulakan penggambaran pada Julai dan Nishant Pitti akan membantu mengarah filem ini bersama Bejoy," jelas sumber tersebut apabila disoal tentang butiran lanjut filem.

Bejoy juga pernah menulis skrip bagi filem arahan Akarsh Khurana berjudul "Karwaan" yang dibintangi oleh Irrfan Khan, Dulquer Salmaan dan Mithila Palkar.

Di samping itu, peneraju wanita bagi filem "Taish" akan dibawa oleh aktres dan model, Neha Sharma yang pernah membuat debut filem Hindi menerusi "Crook: It's Good To Be Bad" pada 2010.

Dalam perkembangan lain, Bejoy telah berkolaborasi dengan Jim Sarbh bagi sebuah siri web berjudul "Flip" baru-baru ini. Lakonan Jim turut dipuji menerusi sebuah lagi siri web Amazon Prime Video berjudul "Made in Heaven".

Jim membuat debut menerusi filem Hindi "Neerja" dan telah menunjukkan peningkatan dalam lakonannya manakala Amit Sadh pula dilihat kali terakhir menerusi filem "Gold" bersama Akshay Kumar.

Harshvardhan Rane pula mula dikenali melalui filem-filem seperti "Thakita Thakita", "Prema Ishq Kaadhal" dan "Anaamika".

Filem thriller ini dikatakan akan berkisar mengenai drama dan pembalasan dendam.

(Sumber foto: The Hindu)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.

Nishant-Dahiya-Galas-Watak-Atlet-Kriket-Anglo-India-Dalam-83 Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Nishant Dahiya Galas Watak Atlet Kriket Anglo-India Dalam "'83"

Aktor itu akan menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny.