CLOSE
CLOSE AD

Skrip hebat punca Ranveer Singh setuju bintangi filem "Jayeshbhai Jordaar"

  • 27 May 2019
  • Tags:
Skrip-hebat-punca-Ranveer-Singh-setuju-bintangi-filem-Jayeshbhai-Jordaar

Ranveer Singh sibuk dengan tiga buah projek besar iaitu "Jayeshbhai Jordaar", "Takht" dan "83".

Baru-baru ini aktor Ranveer Singh telah menandatangani projek filem terbaru "Jayeshbhai Jordaar" arahan Divyang Thakkar.

Ranveer telah membuat debut dalam dunia Bollywood menerusi sebuah filem dibawah syarikat yang sama iaitu "Band Baaja Baaraat" pada 2010. Divyang juga telah mengarah filem tersebut.

"Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang untuk berkolaborasi bersama beberapa orang pembikin filem terbaik di negara kami.

"Ianya sukar untuk dipercayai yang mereka percaya akan karya saya dan memilih saya untuk menerajui visi sinematik mereka," ujar Ranveer yang dipetik dari India Today.

Tambahnya lagi, kejayaannya sebagai seorang aktor adalah disebabkan orang-orang kuat industri filem yang memberikan kepercayaan terhadapnya.

Ranveer turut mendedahkan sedikit butiran mengenai filem yang disifatkan sebagai filem berjiwa besar dan tertarik dengan naskhah filem tersebut.

Dia memuji kebijaksanaan hasil penulisan Divyang melalui skrip yang dihasilkan sekaligus memberinya lampu hijau untuk terlibat dalam projek itu.

Dalam perkembangan lain, Ranveer kini sibuk dengan persiapan penggambaran bagi salah satu filem besar arahan Kabir Khan berjudul "83" dibawah syarikat produksi Yash Raj Films.

Selain "83", Ranveer juga dilihat berlakon menerusi sebuah filem arahan Karan Johan "Takht" yang menampilkan Anil Kapoor, Kareena Kapoor Khan, Ranveer Singh, Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar dan Janhvi Kapoor.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: WallsDesk.com



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.