CLOSE
CLOSE AD

Kareena Kapoor buat debut menerusi program realiti televisyen

  • 28 May 2019
Kareena-Kapoor-buat-debut-menerusi-program-realiti-televisyen

Kareena Kapoor perlu membahagi masa bagi "Dance India Dance" dan filem terbaru "Angrezi Medium".

Bintang terkenal Kareena Kapoor kini akan membuat debut di kaca televisyen menerusi program realiti "Dance India Dance".

Memetik laporan MumbaiMirror, Kareena akan tampil sebagai salah seorang panel juri bersama dengan penyanyi rap Raftaar dan pakar koreografi Bosco Martis.

Kareena mengikut jejak langkah suaminya Saif Ali Khan yang membuat debut sebagai 'sutradhar' dalam siri televisyen "Kahaan Hum Kahaan Tum" diterajui Dipika Kakar dan Karan Grover.

Di samping itu, pelakon drama bersiri "Kundali Bhagya" Dheeraj Dhoopar telah dipilih untuk menjadi hos bagi program realiti tersebut.

Sumber dari program itu berkata pihak rancangan telah beberapa kali membuat perjumpaan dengan Kareena sementara dia membuat persiapan bagi debut televisyen yang akan dilancarkan secara besar-besaran.

Persembahan tarian dalam program tersebut sedang dalam perancangan berdasarkan lagu-lagu popular dendangan Kareena.

Selepas menamatkan penggambaran "Good News" bersama Akshay Kumar, Diljit Dosanjh dan Kiara Advani, aktres itu membuat persiapan bagi filem "Angrezi Medium" dimana dia akan membawa watak polis buat pertama kali.

Kareena dijadualkan untuk terbang ke London bagi memulakan penggambaran filem terbitan Dinesh Vijan itu bersama Irrfan Khan dan Radhika Madan pada Jun.

Oleh sebab itu, jadual penggambaran filem itu telah diatur semula bagi memastikan aktres tersebut boleh membahagikan masa bagi kedua-dua komitmennya.

Program realiti musim ketujuh itu telah diberi judul "Dance India Dance: Battle of the Champions" dan akan ditayangkan di Zee TV bermula bulan hadapan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Vogue India Twitter



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.

Nishant-Dahiya-Galas-Watak-Atlet-Kriket-Anglo-India-Dalam-83 Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Nishant Dahiya Galas Watak Atlet Kriket Anglo-India Dalam "'83"

Aktor itu akan menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny.