CLOSE
CLOSE AD

Tayangan filem "Super 30" ditunda ke 12 Julai

  • 27 May 2019
  • Tags:
Tayangan-filem-Super-30-ditunda-ke-12-Julai

Hrithik Roshan minta penerbit ubah tarikh rilis "Super 30" bagi mengelakkan trauma dan gangguan mentalnya.

Filem "Super 30" lakonan Hrithik Roshan kini mempunyai tarikh tayangan yang muktamad iaitu pada 12 Julai tahun ini.

Sebelumnya, tarikh rilis filem tersebut telah ditunda ke Januari sebelum diubah ke 26 Julai. Tarikh asal filem itu akan ditayangkan adalah pada 23 November 2018.

Menurut laporan dari BollywoodBubble, pembikin filem telah mengubah tarikh tayangan itu kerana ia akan berlanggar tarikh dengan tayangan filem "Mental Hai Kya" lakonan Kangana Ranaut pada hari yang sama.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pengkritik filem serta penganalisis perdagangan Taran Adarsh menerusi laman Twitter.

Baru-baru ini juga Hrithik telah berkongsikan suatu pernyataan rasmi melalui laman Twitter tentang penundaan tarikh tayangan filemnya selepas Ekta Kapoor mengumumkan tarikh tayangan "Mental Hai Kya".

"Jadi untuk tidak membenarkan filem saya menjadi bahan 'sarkas' media, saya bercadang untuk mengubah tarikh rilis filem "Super 30" bagi menyelamatkan saya dari trauma peribadi dan gangguan mental," jelasnya dalam pernyataan itu.

Walaupun filem itu telah siap sepenuhnya, namun Hrithik meminta penerbitnya untuk mengubah tarikh tayangannya.

Menariknya, kini tarikh rilis filem itu akan berlanggar dengan filem "Jabariya Jodi" yang dibintangi oleh Sidharth Malhotra dan Parineeti Chopra.

Selain Hrithik, filem "Super 30" arahan Vikas Bahl dan Anurag Kashyap akan menampilkan Mrunal Thakur, Virendra Saxena dan Pankaj Tripathi.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: DNA India



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.