CLOSE
CLOSE AD

Kumpulan penari Kings United India bakal diinspirasi dalam filem

  • 27 May 2019
Kumpulan-penari-Kings-United-India-bakal-diinspirasi-dalam-filem

Ketua koreografi Kings United India, Suresh Mukund percaya Shailendra Singh mampu ceritakan kisah mereka dalam sebuah filem.

Kisah kumpulan tarian hip hop Kings United India yang menjuarai program realiti Amerika "World of Dance" akan diinspirasikan dalam sebuah filem.

Pada awal bulan ini, kumpulan yang berasal dari Mumbai itu telah diisytiharkan sebagai juara global dalam program realiti tersebut.

Menurut laporan SiliconIndia, barisan panel yang terdiri daripada selebriti antarabangsa, Jennifer Lopez, Ne-Yo dan Derek Hough telah memberi markah penuh bagi persembahan sinematik berstail "Baahubali" yang dikoregrafi oleh Suresh Mukund.

Kumpulan itu telah ditubuh sejak lebih 12 tahun dan ketuanya Suresh mendapat inspirasi dari sebuah filem muzikal Bollywood arahan Remo D'souza berjudul "ABCD 2" yang menampilkan Varun Dhawan dan Shraddha Kapoor.

Filem yang bakal dibikin itu akan menceritakan kisah kumpulan yang terdiri daripada 22 orang penari yang bermula dari Nalasopara hingga ke Las Vegas.

Pelakon serta penyanyi Shailendra Singh telah mendapatkan hak cipta bagi pembikinan filem itu dan menganggap kisah mereka sebagai naratif 'glocal'.

"Ia merupakan suatu kisah benar tentang dedikasi mereka selama 12 tahun untuk mencapai impian dan menjadi juara antarabangsa," jelas Singh yang menyifatkan filem itu sebagai inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai impian terpendam.

"Perjalanan kami selama ini penuh dengan ujian dan cabaran serta kemenangan dan penghormatan. Kami mempunyai sebuah impian dan apa yang kami perlu buat adalah untuk terus mengejar impian tersebut," ujar Suresh.

Ujarnya lagi, mereka percaya Shailendra Singh amat memahami kisah mereka dan mampu menceritakannya menerusi sebuah filem.

Menurut satu sumber, mereka kini sedang mencari seorang pengarah antarabangsa untuk mengarah filem yang menampilkan ahli-ahli kumpulan Kings United India yang sebenar.

Filem tersebut dijangka akan memulakan proses produksi pada hujung tahun ini dan ditayangkan di layar lebar pada 2020.

(Sumber foto: Kings United)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".