CLOSE
CLOSE AD

Suniel Shetty bawa watak antagonis dalam "Darbar"

  • 26 May 2019
Suniel-Shetty-bawa-watak-antagonis-dalam-Darbar

Sebagai persediaan wataknya dalam "Darbar", Suniel Shetty berlatih serta membina badan di gim.

Selepas 'berlawan' dengan Akshay Kumar dalam filem "2.0", kini aktor veteran Suniel Shetty akan muncul menerusi filem baru "Darbar".

Menurut laporan TheIndianExpress, Suniel yang telah mula menjalani penggambaran filem itu akan membawa watak antagonis.

Filem penuh aksi itu menampilkan Suniel sebagai watak jahat dimana dia perlu 'berlawan' dengan seorang lagi peneraju iaitu Rajinikanth.

Proses penggambaran bagi drama mengenai polis itu telah dijalankan di Mumbai selama 20 hari bermula dari awal April.

Semasa hari ke-20 penggambaran pada 14 Mei, Rajinikanth telah melakonkan babak aksi bersama Prateik Babbar yang memegang watak anak kepada Suniel.

Sebelum ini, Suniel dikenali menerusi debutnya dalam industri filem Tamil. Naskhah pertama lakonannya adalah "12B" pada 2001.

"Suniel akan kembali membawa watak antagonis 15 tahun selepas filem "Main Hoon Na" yang dibintangi Shah Rukh Khan.

"Dia akan berlawan dengan Thailavar (ketua) anggota polis IPS. Dia menyertai pihak produksi semasa jadual kedua penggambaran yang bermula di Mumbai," jelas satu sumber terdekat.

Dalam pada itu, Suniel turut membina badan dan meningkatkan tahap kecergasan diri di gim sebagai persediaan bagi watak tersebut.

Dalam perkembangan lain, aktor berusia 57 tahun ini baru sahaja selesai penggambaran filem arahan Priyadarshan berjudul "Marakkar: Arabikadalinte Simham" bersama bintang Mollywood Mohanlal.

Selain itu, Suniel juga akan tampil dalam filem Kannada, "Pailwaan" bersama Sudeep serta berganding semula dengan Akshay Kumar dan Paresh Rawal bagi "Hera Pheri 3".

Filem "Darbar" arahan AR Murugadoss akan ditayangkan pada 15 Januari 2020, selari dengan perayaan Thai Pongal.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: DNA India



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.