CLOSE
CLOSE AD

Dimple Kapadia buat debut dalam filem Hollywood

  • 26 May 2019
Dimple-Kapadia-buat-debut-dalam-filem-Hollywood

Dimple Kapadia akan berganding dengan beberapa pelakon Hollywood termasuk David Washington dan Robert Pattinson.

Aktres veteran Dimple Kapadia bersedia untuk membuat debut lakonannya di Hollywood dalam filem terbaru berjudul "Tenet".

Memetik laporan dari MashableIndia, berita tentang naskhah baru arahan pembikin filem hebat Christopher Nolan itu telah diumumkan oleh Warner Bros pada Rabu.

Nolan terkenal dengan filem-filem hebat arahannya termasuk "Dunkirk", "Interstellar" serta siri trilogi adiwira Batman iaitu "Batman Begins", "The Dark Knight" dan "The Dark Knight Rises".

Industri Bollywood telah menyambut berita tentang penglibatan Dimple dalam projek terbaru Nolan dengan gembira.

Rata-rata selebriti terkenal Bollywood termasuk Anil Kapoor, Rangoli Chandel dan Guneet Monga memberi ucapan tahniah kepada aktres itu menerusi laman sosial.

Dimple mula melebarkan sayap ke dunia lakonan sejak berusia 16 tahun dan diperkenalkan oleh Raj Kapoor menerusi filem romantik "Bobby" pada 1973.

Filem "Tenet" turut menampilkan barisan nama besar dalam industri Hollywood iaitu David Washington, Robert Pattinson, Michael Caine, Kenneth Branagh, Aaron Taylor-Johnson, Clémence Poésy dan Elizabeth Debicki.

Diterbitkan oleh Nolan dan Emma Thomas, penggambaran filem itu akan dijalankan di tujuh buah negara termasuk India. Thomas Hayslip turut menyertai produksi itu sebagai penerbit eksekutif.

Menurut satu sumber, filem thriller berdurasi selama empat jam itu berkisar mengenai dunia perisikan antarabangsa.

Filem itu dijadual akan ditayangkan pada 17 Julai 2020.

Dalam perkembangan baru, Dimple juga akan muncul dengan filem terbaru berjudul "Brahmastra" arahan Ayan Mukerji bersama Amitabh Bachchan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt dan Mouni Roy.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Dimple Kapadia Instagram



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.