CLOSE
CLOSE AD

Alami otot koyak, John Abraham terpaksa berehat buat sementara

  • 25 May 2019
  • Tags:
Alami-otot-koyak-John-Abraham-terpaksa-berehat-buat-sementara

Akibat mengalami kecederaan ketika melakonkan babak aksi filem "Pagalpanti", aktor terkenal John Abraham terpaksa berehat sementara.

Menurut laporan MumbaiMirror, sesi penggambaran telah mula dijalankan di studio Mehboob Mumbai selepas selesai jadual penggambaran di London dan Leeds.

John ditimpa kemalangan ketika melakukan aksi lagak ngeri dalam sebuah trak menyebabkan otot lengannya koyak.

Oleh yang demikian, John dinasihatkan untuk berehat selama lebih kurang dua minggu bagi memastikan kecederaannya benar-benar pulih.

Satu sumber dari lokasi penggambaran mengatakan barisan pelakon sampingan Anil Kapoor, Arshad Warsi, Pulkit Samrat, Ileana D'çruz dan Kriti Kharbanda turut terlibat dalam babak itu ketika kejadian berlaku.

Penerbit Kumar Mangat yang bekerjasama membikin filem tersebut bersama Bhushan Kumar dan Abhishek Pathak telah mengesahkan berita itu.

"Ia merupakan babak yang mudah namun sedikit kesilapan berlaku menyebabkan John mengalami kecederaan.

"99% penggambaran kami telah selesai dijalankan di London dan Leeds. Penggambaran di Mumbai ini merupakan jadual terakhir yang kini kami perlu atur semula," jelas Kumar.

Tambahnya lagi, pihak produksi akan membuat cadangan untuk menyambung sesi penggambaran itu selepas seminggu, bergantung kepada tempoh untuk John pulih.

Sesi penggambaran filem komedi itu dijangka akan berakhir pada akhir bulan Jun. John membawa watak sebagai Raj Kishore yang kerap bertukar kerja dan sering mengalami kegagalan.

Sumber juga ada menyatakan bahawa pihak produksi telah berbincang untuk menghasilkan sekuel walaupun filem pertama belum dirilis.

"Pagalpanti" dijadual untuk ditayangkan pada 6 Disember 2019.

(Sumber foto: HDQWalls)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".