CLOSE
CLOSE AD

Tayangan filem "The Zoya Factor" ditunda kali ketiga

  • 25 May 2019
  • Tags:
Tayangan-filem-The-Zoya-Factor-ditunda-kali-ketiga

Tarikh tayangan filem adaptasi novel Anuja Chauhan "The Zoya Factor" telah ditunda buat kali ketiga iaitu kepada 20 September.

Menurut laporan HindustanTimes, sebelum ini filem tersebut dijadual akan ditayangkan pada 5 April, kemudian ditunda lagi pada Aidilfitri akan datang bertarikh 14 Jun.

Pembikin filem terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan ia berlanggar dengan tarikh Piala Dunia ICC yang bermula pada 30 Mei.

Dalam pada itu, peneraju utama Sonam Kapoor turut berkongsi poster filem terbaru yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Filem itu turut menampilkan bapa saudara kepada Sonam, Sanjay Kapoor yang memegang watak sebagai bapanya. Selain Sanjay, Angad Bedi juga membawa peranan penting menerusi filem itu.

Sonam akan membawa watak seorang eksekutif pengiklanan yang tanpa sengaja membawa 'tuah' kepada Pasukan Kriket India 2010.

Bercakap mengenai filem itu dengan lebih lanjut, Sonam memberitahu bahawa ramai pihak yang mahukannya menjayakan watak Zoya.

"Saya mahu memainkan watak yang ceria dan bertenaga tetapi semua orang mahukan saya untuk terlibat dalam sebuah drama.

"Selepas "Khubsoorat", saya akan membintangi sebuah filem yang menghiburkan. Abhishek Sharma (pengarah) adalah seorang yang hebat. Saya telah mula jalani penggambaran bersama Dulquer Salmaan," katanya.

Mengulas tentang karakter pilihannya, Sonam lebih gemar untuk memainkan watak gadis biasa dan normal yang mempunyai masalah seperti dunia sebenar.

Kali terakhir aktres ini dilihat berlakon adalah menerusi "Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga" yang gagal untuk mendapat kutipan pecah panggung.

(Sumber foto: Bold Outline)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.