CLOSE
CLOSE AD

Dialog pengganas punca "India's Most Wanted" diharamkan di Dubai

  • 24 May 2019
  • Tags:
Dialog-pengganas-punca-India-s-Most-Wanted-diharamkan-di-Dubai

Berita kecewa buat peminat Arjun Kapoor di Dubai kerana filem thriller debut lakonannya, "India's Most Wanted" telah diharamkan tayangannya di sana.

Laporan dari IndiaToday mengatakan Lembaga Penapis UAE telah membuat keputusan untuk tidak menayangkan filem itu kerana dialog filem yang tidak menyenangkan.

Sumber dari sebuah laman web menyatakan salah satu dialog dalam filem itu merujuk Dubai sebagai pangkalan untuk pengganas.

"Terdapat sebuah dialog dalam "India's Most Wanted" yang berkata kebanyakan pengganas berasal dari Pakistan atau Dubai, dan ia tidak disetujui oleh Lembaga Penapis.

"Jika dialog itu dipadam dari filem maka tayangannya akan dibenarkan tetapi pembikin filem tidak membuat sebarang tindakan jadi ia tidak akan ditayangkan," jelas satu sumber.

Pengarah Raj Kumar Gupta kemudiannya mengesahkan berita itu dan berkata dia tiada niat untuk membuat sebarang perubahan terhadap dialog tersebut.

Menurutnya lagi, terdapat beberapa isu yang tak dapat diselesaikan jadi keputusannya untuk tidak merilis filem itu di Dubai adalah muktamad.

Raj menjelaskan bahawa dialog yang dilihat dalam filem itu adalah fakta berdasarkan sebuah penyelidikan yang telah dibuat oleh pihak produksi.

Jadi pihak produksi tidak mahu mengubah dialog tersebut dan bercadang untuk mengekalkannya dalam filem walaupun ia diharamkan di Dubai.

Filem itu berkisarkan lima orang wira tidak didendang bercadang untuk memulakan misi menumpaskan pengganas yang dilabel 'Osama Bin Laden India' tanpa menggunakan sebarang senjata.

"India's Most Wanted" akan ditayangkan di India bermula pada 24 Mei.

(Sumber foto: BizAsia)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.