CLOSE
CLOSE AD

"Men In Black: International" akan dialih suara dalam versi Hindi

  • 24 May 2019
  • Tags:
Men-In-Black-International-akan-dialih-suara-dalam-versi-Hindi

Filem aksi komedi Hollywood yang dinanti-nantikan berjudul "Men In Black: International" akan dialih suara dalam versi Hindi.

Memetik laporan dari IndiaToday, dua orang bintang Bollywood iaitu Siddhant Chaturvedi dan Sanya Malhotra akan mengalih suara dua watak utama, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua mereka terlibat dalam projek bertaraf antarabangsa. Penganalisis filem Taran Adarsh mengumumkan perkara itu melalui laman Twitter baru-baru ini.

Sebelum ini, Siddhant membuat debut kemunculannya di layar perak menerusi filem arahan Zoya Akhtar berjudul "Gully Boy". Dia telah memegang watak sebagai MC Sher.

Dalam beberapa temubual, Siddhant telah membuka kisah bagaimana dia telah ditawarkan untuk membintangi filem itu.

"Zoya perasan akan bakat saya ketika dia melihat saya menari lagu "Tujhe Mirchi Lagi Toh Main Kya Karu" di sebuah parti.

"Kemudian saya menari bersamanya apabila lagu "Gallan Goodiyan" dimainkan. Sesudah itu, dia mahukan saya menyertai uji bakat untuk filem "Gully Boy"," ujar aktor itu.

Sementara itu, Sanya pula dilihat bergandingan bersama Nawazuddin Siddiqui menerusi filem terbaru, "Photograph".

Selain "Photograph", Sanya juga telah membintangi filem "Dangal" terbitan Amir Khan yang berjaya mendapat kutipan pecah panggung.

Filem "Men In Black: International" mengisahkan tentang dua ejen rahsia lakonan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson menentang ancaman terbesar dan global dalam organisasi Men in Black.

Filem yang turut menampilkan Liam Neeson dan Rebecca Ferguson itu akan ditayangkan pada 14 Jun 2019 dalam versi Hindi English, Tamil dan Telugu di India.

(Sumber foto: Siddhant Chaturvedi dan Sanya Malhotra Instagram)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.