CLOSE
CLOSE AD

Karisma Kapoor bakal kembali bintangi filem

  • 24 May 2019
  • Tags:
Karisma-Kapoor-bakal-kembali-bintangi-filem

Karisma Kapoor teruja dapat jayakan watak yang belum pernah dibawanya sebelum ini.

Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia lakonan, aktres veteran terkenal Bollywood Karisma Kapoor akhirnya bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem terbarunya berjudul "Mentalhood".

Menurut Karisma, pembabitannya dalam filem terbaru selepas lebih tujuh tahun nyata membuatkan anak-anaknya teruja.

Kali terakhir Karisma membintangi filem adalah menerusi "Bombay Talkies". Bagaimanapun dia turut membuat penampilannya dalam beberapa iklan filem dan kemunculan istimewa dalam filem terakhir Shah Rukh Khan iaitu "Zero".

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem terbarunya Karisma berkata dia tertarik dengan jalan cerita filem itu yang berkisarkan mengenai kehidupan seorang ibu yang berdepan dengan pelbagai cabaran, dugaan dan juga kejayaan menjadi seorang ibu.

"Watak seorang ibu yang mempunyai blog di mana dia berkongsi segala emosinya. Walaupun dia bersikap 'tradisional', tetapi dia seorang wanita yang mengikuti peredaran zaman.

"Saya sangat bertuah sepanjang kerjaya lakonannya apabila pernah membawa pelbagai jenis watak. Watak terbaru ini merupakan sesuatu yang baru untuk saya," ujarnya yang dipetik dari Masala.

Filem arahan ALTBalaji ini akan ditayangkan akan ditayangkan di platform digital yang mana ia akan ditayangkan pada hujung tahun ini.

(Sumber foto: Karisma Kapoor Instagram)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.