CLOSE
CLOSE AD

Divya Khosla Kumar kembali dalam sekuel "Satyameva Jayate 2"

  • 23 May 2019
  • Tags:
Divya-Khosla-Kumar-kembali-dalam-sekuel-Satyameva-Jayate-2

Divya Khosla Kumar akan memegang watak kekasih John Abraham menerusi sekuel "Satyameva Jayate".

Selepas sembilan bulan tayangannya, penerbit filem "Satyameva Jayate" kini sudah bersedia untuk menghasilkan sekuel filem tersebut.

Memetik laporan dari MumbaiMirror, aktres Divya Khosla Kumar akan digandingkan bersama hero filem aksi ini iaitu John Abraham sebagai pasangan kekasih. Menerusi filem pertama, John telah digandingkan bersama aktres Aisha Sharma.

Divya telah membuat debut menerusi filem drama peperangan arahan Anil Sharma berjudul "Ab Tumhare Hawale Watan Saathiyo" pada 2004 sebagai peneraju wanita disamping Akshay Kumar.

Pada Februari 2005, Divya telah menamatkan zaman bujang bersama pengurus syarikat produksi T-Series, Bushan Kumar dan mula bekerja di belakang tabir.

Selepas mengambil kursus sinematografi dan penyuntingan, Divya telah mengarah kira-kira 20 buah video muzik.

Pada 2014, bakatnya semakin berkembang setelah berjaya mengarah filem romantik muzikal berjudul "Yaariyan" diikuti dengan filem "Sanam Re" dua tahun selepas itu.

Kini dia membuat keputusan untuk kembali ke bidang lakonan dan menandatangani projek filem sekuel "Satyameva Jayate" arahan Milap Zaveri.

"Milap telah menonjolkan karakter-karakter yang hebat melalui John dan Manoj Bajpayee menerusi filem pertama.

"Kali ini dia telah menetapkan satu watak yang agak penting untuk Divya bawakan," ujar satu sumber terdekat.

Walaupun padat dengan aksi, filem sekuel ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan akan mengetengahkan elemen patriotik.

Perkara yang membuatkan Divya bersetuju untuk menerima tawaran ini adalah peranannya yang penting dalam filem serta diberi penekanan dalam wataknya.

Kali terakhir aktres ini dilihat berlakon adalah menerusi filem pendek berjudul "Bulbul" dimana dia perlu memegang beberapa watak yang berlainan.

(Sumber foto: Buzzsouk.com)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.