CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar & Nawazuddin Siddiqui mula penggambaran lagu "Housefull 4"

  • 22 May 2019
  • Tags:
Akshay-Kumar-Nawazuddin-Siddiqui-mula-penggambaran-lagu-Housefull-4

Para pelakon filem "Housefull 4" bakal memulakan penggambaran bagi sebuah lagu istimewa dalam filem itu di sebuah studio.

Menurut laporan MumbaiMirror, para pelakon yang terbabit dalam penggambaran itu ialah Nawazuddin Siddiqui, Akshay Kumar, Kriti Sanon, Riteish Deshmukh, Pooja Hegde, Bobby Deol dan Kriti Kharbanda.

Nawazuddin akan membawa watak seorang bomoh berpangkat tinggi yang tinggal dalam sebuah gua bersama 300 orang pengikutnya.

Satu sumber memberitahu bahawa lagu itu akan lebih menonjolkan watak-watak penting yang bukan hanya tampil dalam lagu semata-mata.

"Sebagai seorang bomoh, Nawaz membawa peranan penting untuk menjayakan 'plot twist' dalam filem. Pada hari pertama penggambaran, dia telah melakonkan beberapa babak penting dimana memerlukan dia memakai solekan yang banyak," kata sumber itu.

Sumber itu turut menyatakan bahawa penggambaran pada hari pertama itu diakhiri dengan sambutan hari jadi Nawaz ke-45 bersama pihak produksi.

Selain itu, sebuah takhta telah dihasilkan menggunakan ratusan tengkorak manusia palsu bagi menambah butiran penting dalam filem.

Ganesh Acharya telah ditugaskan untuk mengetuai serta memberi latihan koreografi bagi lagu tersebut.

Lagu itu akan menampilkan lebih 500 orang penari latar bersama Nawaz, Akshay Kumar dan barisan pelakon lain di pentas utama.

Sumber itu turut menafikan dakwaan mengenai set penggambaran lagu yang mirip rancangan Amerika terkenal "Game of Thrones".

Tambahnya lagi, mungkin Akshay mendapat sedikit inspirasi dari "Game of Thrones" memandangkan ia sedang hangat diperkatakan berkenaan musim terakhir rancangan tersebut.

Filem komedi arahan Farhad Samji akan ditayangkan pada Deepavali tahun ini.

(Sumber foto: India Tribune & Masala.com)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.