CLOSE
CLOSE AD

"Sooryavanshi" bakal setanding dengan "Avengers: Endgame"?

  • 21 May 2019
Sooryavanshi-bakal-setanding-dengan-Avengers-Endgame

Ajay Devgn percaya francais filem "Singham" bakal mendapat sambutan
hangat setanding filem "Avengers".

Pengarah serta penerbit Ajay Devgn berpendapat filem "Sooryavanshi" akan setanding "Avengers: Endgame" jika ia berjaya mencapai kutipan pecah panggung.

Sebelum ini, dua buah filem arahan Rohit Shetty berjudul "Singham" dan "Simmba" berjaya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada peminat francais filem itu.

Rohit juga telah mengumumkan akan menghasilkan sebuah dunia sinematik yang menggabungkan ketiga-tiga filem drama polis arahannya itu.

Ajay percaya bahawa penonton di India, terutamanya peminat Marvel Cinematic Universe akan memberi sambutan yang menggalakkan terhadap dunia sinematik polis Rohit.

Ajay yang merupakan aktor filem tersebut juga memuji kehebatan dan potensi Rohit dalam membikin alam sinematik itu.

Dalam pada itu, dia berkata dunia Bollywood perlu belajar lebih dari studio Marvel serta filem terbaru mereka itu.

"Dunia sinematik mempunyai skop yang besar dalam industri filem Bollywood. "Singham" adalah sebuah francais hebat diikuti "Simmba" yang menjadi sebuah lagi siri penting.

"Jika "Sooryavanshi" turut mendapat sambutan yang sama, dimana saya percaya ia akan berlaku, sudah tentu ia akan setanding filem "Avengers", kata Ajay menerusi laporan IndiaToday.

Menurutnya lagi, jika semua karakter adiwira disatukan dalam sebuah filem seperti "Avengers", Ajay percaya peminat akan ternanti-nanti untuk menyaksikan filem itu.

Bagaimanapun, Ajay berkata Rohit agak gusar bahawa industri filem di India tidak akan setanding industri Hollywood gara-gara bajet yang tidak mencukupi.

Dalam pada itu, Rohit juga bercadang untuk membikin filem yang memfokuskan watak polis wanita bagi melengkapkan francaisnya itu.

Ajay berpendapat bahawa mana-mana aktres boleh membawa watak tersebut termasuk Deepika Padukone, Katrina Kaif dan Kareena Kapoor.

Dalam perkembangan lain, Ajay akan membintangi sebuah filem biopik mengenai lagenda jurulatih bola sepak India, Syed Abdul Rahim, diikuti dengan filem "Tanhaji" dan "Chanakya".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: The Twisted Beast



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.