CLOSE
CLOSE AD

Bhushan Kumar bakal terbit filem Perang India-Pakistan 1971

  • 21 May 2019
Bhushan-Kumar-bakal-terbit-filem-Perang-India-Pakistan-1971

Bhushan Kumar bergabung tenaga bersama Tanuj Garg, Atul Kasbekar dan
Swati Iyer Chawla bagi filem "Navy Day".

Penerbit Bhushan Kumar merancang untuk menghasilkan sebuah filem berkisar mengenai serangan Tentera Laut India terhadap pelabuhan Karachi 1971.

Menurut laporan MumbaiMirror, filem-filem mengenai peperangan mula menerima sambutan daripada penonton sepertimana filem "URI: The Surgical Strike" dan "Raazi" yang berjaya mendapat kutipan pecah panggung semasa ditayangkan.

Sehubungan dengan itu, Bhushan akan bekerjasama dengan beberapa orang rakan penerbitnya iaitu Tanuj Garg, Atul Kasbekar dan Swati Iyer Chawla dalam projek filem ini.

Buat sementara ini, judul yang dicadangkan bagi filem ini adalah "Navy Day" yang menceritakan tentang serangan terhadap pelabuhan Karachi semasa Perang India-Pakistan dan situasi selepas perang tersebut.

Operasi yang dinamakan sebagai Operasi Trident itu diketuai oleh Panglima Sardarilal Mathradas Nanda dan berlaku pada 4 dan 5 Disember 1971.

Susulan serangan itu, sebuah lagi operasi telah berjaya dijalankan iaitu Operasi Python yang berlaku pada 8 dan 9 Disember 1971.

"Operasi Trident merupakan salah satu operasi yang berjaya dalam sejarah Tentera Laut moden selepas Perang Dunia Kedua.

"Tiada korban yang tercatat dalam kalangan Tentera Laut kami dan mereka berjaya menumpaskan ramai musuh semasa serangan tersebut," ujar Bhushan.

Filem ini akan memfokuskan tentang sekumpulan individu yang bersatu tenaga, hubungan dan komunikasi dinamik antara satu sama lain yang berlaku dalam kalangan mereka serta strategi rahsia mereka yang hebat.

Elemen-elemen yang ditonjolkan oleh mereka berjaya mencipta sebuah pencapaian yang unggul dalam sejarah ketenteraan negara India.

Menurut satu sumber, skrip filem akan dibikin antara di antara bulan Ogos dan September selepas para pembikin filem selesai membuat penyelidikan serta menemu bual pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.

Selesai sahaja penghasilan skrip, pihak produksi akan memulakan pencarian bagi para peneraju filem yang diarahkan oleh Razneesh Ghai ini.

"Navy Day" dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: filmydrama.co



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.