CLOSE
CLOSE AD

5 Bazar Ramadan Popular di Seluruh Malaysia

  • 21 May 2019
5-Bazar-Ramadan-Popular-di-Seluruh-Malaysia

Bulan Ramadan adalah antara bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Pasti setiap negara mempunyai cara yang unik untuk menyambut bulan yang mulia ini.

Begitu juga di Malaysia, dimana salah satu kelainan dan kemeriahan bulan Ramadan di sini adalah adanya bazar Ramadan. Terdapat pelbagai juadah dan minuman yang dijual untuk hidangan iftar masyarakat tempatan.

Setiap negeri di tanah air pasti mempunyai bazar yang menjadi tumpuan pengunjung setiap kali bulan Ramadan. Konsep bazar adalah sama seperti pasar malam atau pasar tani, cuma yang membezakannya ialah peniaga lebih fokus kepada kepelbagaian menu makanan.

Jadi kali ini Bolly Lah ingin menyenaraikan beberapa lokasi bazar di seluruh Malaysia yang sering menjadi 'hotspot' pengunjung untuk membeli juadah.

Bazar Ramadan Tapak Bazarena Seksyen 13, Shah Alam

Tidak dinafikan lokasi Lembah Klang amat terkenal dengan beberapa jumlah lokasi bazar Ramadan. Di Selangor sahaja terdapat puluhan bazar yang dibuka sepanjang bulan ini. Antara bazar yang paling terkenal dan terbesar di Selangor adalah bertempat di Seksyen 13, Shah Alam berdekatan dengan stadium.

Setiap tahun bazar ini sentiasa sesak dengan kemeriahan lebih 100 buah lot gerai dan pengunjung dari pelbagai bangsa. Sebut sahaja hidangan enak seperti ayam golek, roti John, kambing bakar, murtabak, popia dan banyak lagi pasti ada dijual di sini. Antara menu istimewa yang disajikan di sini adalah ayam geprek iaitu nasi bersama ayam penyet serta sambal gecek. Menu ini berasal dari negara seberang Indonesia.

Lokasi: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 3 petang – 8 malam

Bazar Ramadan Taman Suria, Jitra

Kepada penduduk di sebelah utara, pasti ramai yang tahu tentang bazar ini. Ia dikenali sebagai bazar terpanjang di Malaysia sehinggakan sesetengah pengunjung memilih untuk memandu kereta sepanjang bazar ini. Sudah tentu bazar sepanjang ini menyajikan berbagai-bagai juadah yang menyelerakan.

Antara makanan yang boleh didapati di sini ialah karipap gergasi, laksa Kedah, pelbagai jenis lauk pauk dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk berkunjung ke sebuah gerai yang agak terkenal di sini iaitu gerai Daging Bakar Danok. Ia juga dilabel sebagai dapur daging bakar terpanjang oleh penduduk tempatan. Daging bakar yang manis ini dihidang bersama sos pekat istimewa.

Lokasi: 52, Jalan TS 3/1, Taman Suria, 06000 Jitra, Kedah
Waktu operasi: 3 petang – 8 malam

Bazar Ramadan Chabang Tiga, Kuala Terengganu

Beralih pula ke negeri pantai Timur iaitu Terengganu, salah satu bazar yang terkenal di sini berada di Chabang Tiga. Pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis juadah termasuk juga makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih muih, lauk pauk mahupun 'finger food'.

Negeri Terengganu sudah tentunya kaya dengan sumber ikan, maka ia juga terkenal dengan keropok lekor. Selain keropok lekor, antara menu menarik yang boleh didapati di bazar ini ialah nasi dagang, laksa Terengganu, laksam, sata dan juga sate ikan. Manisan seperti bronok sagu, pulut panggang, nekbat sira dan kuih bekang juga dijual disini.

Lokasi: Kampung Hiliran Jejawi, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 4:30 petang – 8 malam

Bazar Ramadan Plaza Angsana, Johor Bahru

Jangan lupa untuk datang ke bazar Ramadan terbesar di Plaza Angsana jika berada di sekitar Johor Bahru kerana pengunjung akan disajikan dengan menu-menu popular selatan tanah air. Bermula dari gerai ikan bakar, otak-otak, sata, kambing golek, ayam tempayan, nasi ambeng, aneka kuih muih hinggalah ke gerai minuman yang pelbagai perisa.

Antara gerai yang wajib dikunjungi adalah Nasi Lemak Wak Kentut dimana ia amat popular di Johor. Warung asalnya terletak di Kulai. Apa yang istimewa tentangnya adalah kelainan rasa ayam berempah yang garing dimakan bersama nasi lemak kukus.

Lokasi: Jalan Tampoi, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 4 petang – 7 malam

Bazar Ramadan Bandar Baru Samariang, Kuching

Bukan di Semenanjung sahaja ada bazar Ramadan, di bumi Sabah dan Sarawak juga terdapat keunikan dari segi bazaarnya. Terletak di bandar Kuching, bazar Samariang adalah salah satu yang terkenal dan terpanjang di Sarawak. Juadahnya tidak kurang hebat seperti di Semenanjung kerana terdapat kepelbagaian juga dalam menu yang dijual di sini.

Pengunjung boleh mencuba juadah seperti nasi Arab, nasi briyani, kebab, laksa Sarawak, lauk pauk, ikan bakar, kuih tradisional dan banyak lagi. Bagi yang tidak tahu, salah satu makanan istimewa di Sarawak adalah mee kolok yang menggunakan yee mee atau mee sanggul. Jadi jika singgah di bazar ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba mee kolok asli Sarawak.

Lokasi: Bandar Baru Samariang, Petrajaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 4:30 petang – 8 malam

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".