CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan mahu filem "Love" 1991 dibikin semula

  • 21 May 2019
Salman-Khan-mahu-filem-Love-1991-dibikin-semula

Salman Khan tidak mahu filem-filemnya dibikin semula kecuali "Love" 1991.

Bintang terkenal Salman Khan ingin melihat sebuah filem lamanya dibikin semula iaitu filem "Love" yang ditayangkan pada tahun 1991.

Memetik laporan dari TimesofIndia, Salman yang baru-baru ini membintangi filem "Bharat" mengakui bahawa dia bukanlah penggemar filem-filem 'remake' namun membuat pengecualian terhadap filem "Love".

Salman beranggapan jika filem 'remake' itu dihasilkan, ia akan menarik perhatian lebih ramai penonton pada masa akan datang.

"Ia merupakan salah sebuah naskhah lama saya dan saya masih ingat bahawa sambutan daripada penonton tidak begitu menggalakkan.

"Namun ia adalah sebuah filem yang bagus dan watak yang saya bawakan juga agak hebat," katanya.

Filem itu menampilkan Salman digandingkan bersama aktres Tollywood, Revathi yang pernah membawa watak ibu kepada Alia Bhatt menerusi filem "2 States" pada 2014.

Di samping itu, Salman turut berkata bahawa aktor Varun Dhawan mengingatkannya pada filem-filem lamanya. Varun telah pun tampil dalam sebuah 'remake' bagi filem "Judwaa" terbitan Salman.

Bintang yang sering memperkenalkan barisan pelakon baru dalam dunia Bollywood ini turut memperkenalkan Sooraj Pancholi yang membuat debut menerusi filem "Hero" 2015.

Walaupun tidak mempunyai filem baru, namun Salman berkata dia melihat potensi pada aktor muda itu dan memuji bakatnya.

Dalam perkembangan baru, filem baru lakonan Salman iaitu "Bharat" akan ditayangkan pada Aidilfitri tidak lama lagi.

(Sumber foto: Bollywood Mantra)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".