CLOSE
CLOSE AD

Penggambaran filem biopik "Kargil Girl" ditunda gara-gara ribut

  • 21 May 2019
Penggambaran-filem-biopik-Kargil-Girl-ditunda-gara-gara-ribut

Janhvi Kapoor akan membawa watak Gunjan Saxena, seorang juruterbang Tentera Udara India dalam "Kargil Girl".

Penggambaran filem biopik lakonan Janhvi Kapoor yang diberi judul "Kargil Girl" ditunda baru-baru ini kerana bandar Lucknow dilanda ribut.

Menurut laporan MumbaiMirror, Janhvi yang baru sahaja tiba di bandar itu pada Khamis bersedia untuk meneruskan proses penggambaran namun dihentikan akibat cuaca tidak menentu.

Pihak produksi akan menyambung penggambaran filem untuk babak-babak terakhir pada hari berikutnya setelah ribut itu reda.

Satu sumber mengatakan Janhvi dan Angad Bedi akan melakonkan babak aksi di Sekolah Sainik UP di bandar tersebut, selain lokasi lain termasuk berdekatan pangkalan tentera udara.

Penggambaran itu dijadualkan sehingga 24 Mei dan kawalan keselamatan telah ditambah bagi memastikan para pelakon tidak ditimpa tanpa sebarang masalah.

Sementara tempoh penangguhan itu, Janhvi telah membuat persiapan bagi babak peperangan di sebuah kelab penerbangan di Indore.

Sumber turut berkata selepas penggambaran berakhir di Uttar Pradesh, mereka akan meneruskan jadual penggambaran di United Kingdom pada bulan Julai.

Aktor Pankaj Tripathi yang memegang watak bapa kepada Janhvi dan Angad dalam biopik itu dijangka akan menyertai pihak produksi dalam tempoh terdekat.

Filem ini menandakan debut Sharan Sharma sebagai pengarah yang sebelum ini membantu Ayan Mukerji menerusi filem "Yeh Jawani Hai Deewani".

Ia berkisar mengenai Gunjan Saxena, seorang juruterbang Tentera Udara India yang menjadi wanita India pertama untuk membuat penerbangan dalam zon kombat.

Gunjan menyelamatkan tentera-tentera yang cedera dalam Perang Kargil 1999 dan dianugerahkan Shaurya Chakra.

(Sumber foto: Vogue India)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.