CLOSE
CLOSE AD

Radhika Madan, Sunny Kaushal jadi pasangan kekasih dalam "Shiddat"

  • 17 May 2019
  • Tags:
Radhika-Madan-Sunny-Kaushal-jadi-pasangan-kekasih-dalam-Shiddat

Penerbit Dinesh Vijan bakal menerbitkan sebuah filem romantik berjudul "Shiddat Journey Beyond Love" menampilkan Radhika Madan dan Sunny Kaushal sebagai peneraju.

Menurut laporan IndiaToday, kedua-dua bintang itu akan berlakon sebagai pasangan kekasih dan proses penggambaran akan bermula pada bulan September.

Penggambaran filem arahan Kunal Deshmukh ini akan dijalankan di pelbagai lokasi termasuk London, Paris dan Punjab.

Sementara itu, Mohit Rana dan Diana Penty juga akan memegang watak sepasang kekasih dan filem ini menceritakan kisah cinta kedua-dua pasangan tersebut.

Filem ini menandakan kolaborasi kedua Radhika bersama Dinesh selepas filem "Angrezi Medium". Skrip filem ini telah dibikin oleh Shridhar Raghavan dan Dheeraj Rattan.

Bapa Sunny yang merupakan pengarah aksi lagak ngeri, Sham Kaushal, mengambil peluang untuk mengumumkan mengenai filem itu serta hari lahir Vicky Kaushal menerusi laman Twitter.

Dinesh memberitahu dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem ini kerana melihat situasi masa kini dimana sesetengah orang mengambil mudah soal hati dan perasaan.

"Agak sukar untuk membayangkan sejauh mana orang akan memperjuangkan rasa cinta mereka. "Shiddat" bukan sahaja menceritakan tentang cinta tetapi juga usaha seseorang itu berpegang pada perasaannya," jelasnya dalam sebuah kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Radhika sedang sibuk menjalani penggambaran "Angrezi Medium" arahan Homi Adajania dimana dia memainkan watak anak kepada aktor Irrfan Khan yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sementara itu, Sunny Kaushal sedang bekerja dalam projek filem arahan Sneha Taurani berjudul "Bhangara Paa Le" bersama-sama Rukshar Dhillon. Shriya Pilgaonkar akan turut membuat kameo dalam filem itu.

Sunny juga akan dilihat berganding bersama Ranveer Singh menerusi filem arahan Kabir Khan berjudul "83".

(Sumber foto: IMDb & Behance)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".