CLOSE
CLOSE AD

Filem "Taare Zameen Par" bakal punya 'remake' dalam bahasa Cina

  • 16 May 2019
  • Tags:
Filem-Taare-Zameen-Par-bakal-punya-remake-dalam-bahasa-Cina

Filem "Taare Zameen Par" dibintangi aktor terkenal Aamir Khan yang ditayangkan pada 2007 kini akan dibikin semula dalam bahasa Cina.

Menurut laporan yang dipetik dari IndiaToday, filem itu adalah salah satu dari sembilan buah filem India yang ditayangkan dengan sari kata Bahasa Inggeris di China bagi menandakan ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik Indo-China pada 2010.

Sejak kebelakangan ini, negara China telah menjadi pasaran besar untuk filem-filem India. Ternyata negara tersebut mempunyai peminat terhadap bintang-bintang Bollywood dalam kalangan masyarakat tempatan.

Filem Bollywood seperti "Dangal", "AndhaDhun" dan "MOM" memecah rekod yang dipegang oleh beberapa filem India lain yang ditayangkan di China baru-baru ini.

Terdapat percubaan untuk menayangkan filem "Taare Zameen Par" di China dengan sari kata bahasa Cina namun negara itu tidak mempunyai permit untuk menayangkan filem antarabangsa yang berusia lebih dari dua tahun.

Memandangkan filem tersebut mendapat sambutan universal, keputusan untuk membikin semula filem itu telah dibincangkan oleh pembikin filem China dan akan dibintangi pelakon-pelakon tempatan.

Filem 'remake' itu akan dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan dan diarah oleh Ma Duo yang sebelum ini bekerja sebagai penolong pengarah kepada Jiang Wen bagi filem "Let The Bullets Fly".

Menerusi filem itu, Aamir Khan memegang watak sebagai guru seni kepada seorang kanak-kanak yang mempunyai penyakit Disleksia.

Sebelum ini, filem-filem lakonan Aamir Khan seperti "PK", "Dangal" dan "Secret Superstar" mendapat tempat di hati peminat China.

(Sumber foto: India Words)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.